|
Oleh Izzah Abbasy
Wow! Jika ada sesiapa yang sediakan sarapan sebegini untuk kita setiap pagi, pasti berbunga-bunga hati kan? Dah tak makan lagilah di kedai mamak.
Selalunya nak makan makanan yang penuh dengan deko yang berselera ini mestilah di restoran, hotel dan kafe. Jika di rumah, boleh juga buat jika ada masa kelapangan.
Namun, bagi Michael Zee dia mendapat ilham daripada komen netizen untuk menghasilkan lebih sarapan yang kreatif di laman Instagram symmetrybreakfast miliknya.
Setiap sarapan yang disediakan oleh beliau ini didedikasikan untuk pasangannya, Mark bagi meluahkan rasa cinta dan kasih sayang. Setiap sarapan ini memerlukan lebih 30 minit untuk disediakan. Michael Zee akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan ini tau!
Andai kitalah, hujung minggu mampulah nak buat sarapan seperti ini. Betul tak? - CARI Infonet
|
|