KENYATAAN SKM: Penafian SKM - Koperasi Permodalan Bersatu Berhad Sebuah Koperasi Berdaftar
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
(AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI. KOPERASI & KEPENGGUNAAN)
KENYATAAN SKM
PENAFIAN BAHAWA KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD
ADALAH SEBUAH KOPERASI BERDAFTAR
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) ingin menegaskan berhubung kenyataan yang tersebar di media sosial Facebook bahawa KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD adalah sebuah Koperasi berdaftar adalah TIDAK BENAR. Suruhanjaya telah menerima aduan daripada orang awam berkaitan skim menjanjikan pulangan tinggi oleh entiti tersebut yang menyalahgunakan nama koperasi melalui media sosial. Skim yang ditawarkan menetapkan seseorang individu yang membuat bayaran tertentu akan menerima bonus saraan berlipat ganda daripada pelaburan asal bagi tempoh tertentu. Skim tersebut dilaksanakan melalui sebuah syarikat menggunakan nama KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD.
Suruhanjaya telah menyiasat skim yang ditawarkan tersebut dan ingin memaklumkan bahawa KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan sebagai sebuah Koperasi kerana masih belum didaftarkan dengan Suruhanjaya. Apa-apa promosi entiti tersebut tidak ada kaitan dengan koperasi.
Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya mengingatkan kepada orang ramai supaya berwaspada dan berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pulangan yang tidak munasabah yang menggunakan nama koperasi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berkaitan perkara di atas, boleh menghubungi Suruhanjaya di alamat dan talian seperti berikut:
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
d/a Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Changkat Semantan,
Off Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2083 4056 - (Puan Norzila binti Nayan)
03-2083 4418 - (Puan Nurul Akmar binti Ahmad Radzi)
Faksimili:
03-2083 4105
http://www.skm.gov.my/Perkhidmatan/Pusat-Media-(1)/Arkib/Pengumuman/2015/KENYATAAN-SKM-Penafian-SKM-Koperasi-Permodalan-Ber.aspx
HighwayGroup Resources Sdn Bhd
December 9 at 9:04pm ·
KOPERASI PERMODALAN BERSATU BERHAD (KPBB)
HIGHWAYGROUP RESOURCES SDN BHD
Siapa yg masih teragak2 lagi utk join Highway, anda dah boleh buat keputusan skrg. Kita dah berada di platform terbaik. Highway mempunyai 3 Fasa :
1. Komuniti Highwaygroup : platform utk menghimpun pelbagai lapisan masyarakat bertujuan mengumpul lebihan dana dgn Konsep K-Ekonomi.
2. Koperasi : platform utk menjalankan Real Bisnes. Sebahagian real bisnes telah pun berjalan dan banyak lagi yg akan menyusul di bawah Koperasi Permodalan Bersatu Berhad (KPBB)
3. Perbankan : halatuju Highway adalah mempunyai institusi perbankan sendiri. Apabila proses pengambil alihan bank selesai, maka Highway akan menjadi satu Komuniti, satu Koperasi dan satu Bank yg "Merajai Kewangan Dunia"
Nak ikut Highway ke dok?
Nak gapo lagi dgn Highway?
Nak main lagumana dgn Highway?
SEKALI HIGHWAY
SELAMANYA HIGHWAY
Auummm 🐯🐯🐯
Jika berminat sila hubungi :-
014-5036905 (Whatsapp sahaja)
019-3757913 (Call sahaja)
# highwaygroup2u.blogspot.my
https://www.facebook.com/highwaygroup2u/posts/891057070991135
nie mesti Cina DAPig SKM dengki kat melayu
|