Semua orang suka makan satey tetapi tidak semua tahu bagaimana cara menyediakan bahan-bahan untuk perap satey.
Alangkah lebih puas hati dan berbaloi jika kita tahu cara menyediakan satey sendiri. Tidak rugi belajar, tak kan setiap kali nak makan kena pergi kedai kan.
Jom lah cuba, cari bahan-bahan dulu.
Bahan-Bahannya
- Ayam Sekor
- Ketumbar dgn jintan halus tu sangai dulu ye (sangai tu goreng tanpa minyak smpai kuning gitu..tak mo hangit)
- kemudian blendkan sampai halus
- Serai,bwang besar,bwang puteh,halia,cili kering blendkan sampai halus.
- Cili kering buang biji dia ya..kenapa bubuh cili kering?...Sebab nk bgi kemerahan sikit..
- Ayam potong dadu
- Masukan semua bahan blend tadi gaulkan sebati...
- Bubuh gula,garam,perasa..
Dah siap gaul (Seperti Dalam Gambar)
Perapkan seharian.. Kebiasaan Siang perap Malam dah boleh cucuk.
Lepas perap biar sekejap kat luar lepas tu simpan dalam peti ais.. tak mahu tempat beku ye
Bila rasa nak makan, keluarkan dari peti ais dan bakar. Tapi jangan simpan lama sangat nanti rosak. Selamat mencuba. - CARI Infonet.