|
|
Oleh : TS LOO
Sebelum ini, masyarakat digemparkan dengan kejadian seekor anak kambing yang dilahirkan berwajah menyerupai manusia yang berlaku di negara kita.
Terbaru pula, Menurut laporan Dailymail, penduduk di bandar Ciego de Avila, Cuba dikejutkan dengan kelahiran seekor anak babi yang memiliki muka seakan monyet.

sumber foto: http://images.singaporeseen.stomp.com.sg/
Anak babi tersebut memiliki rahang beruk yang sama dengan beberapa kes kelahiran dan penemuan serupa di China pada 2008.
Haiwan tersebut memiliki hidung yang lebih pendek dan dahi berlekuk menyerupai monyet.
Menurut klinik veterinar tempatan, rupa aneh anak babi tersebut berkemungkinan disebabkan penyakit Holoprosencephaly, sejenis kecacatan otak dan menyebabkan bentuk muka atau kepala haiwan berubah dengan mendadak.

sumber foto: http://cdn0.mommypage.com/
Bagaiman pun difahamkan, haiwan tersebut mati selepas empat hari.
Pada tahun 2008, seekor anak babi bermuka monyet juga telah ditemui di bandar Xi Ping di China.- CARI
sumber info : http://www.mirror.co.uk |
|