Nampak gayanya, tiada lagi 'pasangan Isnin' (Monday Couple) dalam rancangan realiti popular Running Man.
Sumber foto: Drama Fever
Menurut Soompi kelmarin, produksi Running Man mengumumkan Kang Gary bakal meninggalkan rancangan itu. Menurut laporan pada awal tahun ini, Gary ada memberitahu bahawa dia merancang untuk mengundur diri dan memberi lebih fokus kepada bidang muzik, namun dia diminta untuk mempertimbangkan keputusan itu.
"Saya mahu luangkan lebih banyak masa untuk menghasilkan muzik dan lebih fokus untuk mendalaminya," kata Gary.
Sumber foto: All Kpop
Pihak produksi akhirnya sebulat suara menghormati keputusan Gary untuk mengundur diri kerana dia mahu beri perhatian kepada bidang muziknya.
"Kami hargai segala usaha Gary sepanjang enam tahun dia terbabit dengan Running Man sebagai salah seorang anggota tetap dan kami hormati keputusan Gary untuk mengalih fokus kepada muzik. Kami harapkan yang terbaik dan semoga dia berjaya," kata pihak produksi.
Gary telah menjadi anggota Running Man sejak Julai 2010, dan rakaman penggambarannya yang terakhir untuk rancangan realiti itu akan ditayangkan pada 31 Oktober ini.
Sumber foto: IG Running Man
Pasti ramai peminat akan merindui keletah Gary yang selalu 'blur' dan yang pasti menjadi kerinduan setiap anggota adalah tiada lagi adegan 'gaduh manja' pasangan Isninnya, Song Ji Hyo. Peminat setia rancangan Running Man, adakah anda turut merasai kehilangan Gary? - CARI |