Foto: IG Radin Era
Sudah lama rasanya kita mendengar desas desus percintaan antara penyampai radio ERA, Radin dan selebriti popular tanah air, Ayda Jebat.
Ditanya mengenainya, Radin sendiri mengakui yang Ayda memang mempunyai ciri-ciri wanita yang menjadi pilhan hatinya.
Foto: IG Radin Era
"Ciri-ciri yang membuatkan saya terpikat adalah sikapnya yang matang. Sebenarnya ramai tak tahu dia seorang wanita yang matang meskipun dilihat sering berperwatakan seperti keanak-anakkan," katanya kepada Astro Gempak.
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy juga mengakui yang Ayda banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berguna kepadanya.
"Selain itu dia seorang wanita yang jujur dan tidak pura-pura. Ia membuatkan saya suka berkawan dengannya."
Foto: IG Radin Era
Mengulas tentang hubungannya, Radin tidak akan menolak sekiranya sudah tertulis takdirnya dijodohkan dengan pelakon drama Awak Sangat Nakal itu.
"Saya tak berani cakap ke mana tahap hubungan kami selepas ini. Namun saya tidak menolak jika kami dipertemukan jodoh," tambahnya.
Foto: Ayda Jebat
Perkara baik eloklah jangan ditangguh-tangguh. Apa-apa pun semoga Radin dan Ayda berbahagia selalu ya. -CARI |