View: 3449|Reply: 33
|
Kagum Kerana Fasih Berbahasa Melayu, Peserta Jepun Jadi Juara PABM 2017
[Copy link]
|
|
sumber : mStar
Peserta Jepun, Lisa Shimazaki diumumkan johan dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri bagi Kategori Antarabangsa.
Lisa menyampaikan pidato bertajuk "Bahasa Bukan Sekadar Alat Untuk Berkomunikasi, Bahasa Adalah Segala-galanya" pada pertandingan peringkat akhir berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Memetik laporan mStar, Penuntut Universiti Bahasa Asing Tokyo, Jepun berusia 21 tahun itu berkata, kemenangan itu menyuntik semangatnya untuk terus mempelajari serta meningkatkan pengetahuannya mengenai Bahasa Melayu.
Manakala Noor Haqim Noor Hamidon dari Malaysia yang menyampaikan pidato bertajuk "esan Seniman" diisytihar juara bagi kategori Alam Melayu.
Peserta dari Afganistan, Abdul Matin dengan pidato bertajuk "Dirgahayu Bahasa Melayu" pula dipilih sebagai juara bagi kategori Pelajar Asing di Malaysia.
sumber : Bernama
Kesemua mereka membawa pulang hadiah berupa piala pusingan berserta wang tunai berjumlah RM20,000. Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
MaXiao dari China yang menyampaikan pidato bertajuk "Memperbaharui Sistem Pendidikan, Mengatasi Cabaran Ekonomi" serta Rimajon Sotlilova dari Uzbekistan dengan "eranan Bahasa Melayu di Uzbekistan" dipilih sebagai naib juara dan tempat ketiga kategori Antarabangsa.
Bagi kategori Alam Melayu, Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah dari Singapura dengan pidato bertajuk "Malaysia dan Singapura – Kita Saudara Sedarah" dan Muhamad Sharulnizam Md Roni dari Malaysia yang menyampaikan pidato bertajuk "Gelora Dunia" dipilih sebagai Naib Juara dan tempat ketiga.
Naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima piala pusingan berserta wang tunai RM12,000 dan RM8,000.
Sejumlah 53 peserta dari 35 buah negara menyertai PABM yang memasuki edisi ke-11 dengan tema ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak aci...atok dia pernh duduk msia zaman jepun dlu... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg menang kategori pemidato asing kata, penutur natif yg suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris sebenarnya penutur yg lemah jati dirinya, sehingga sanggup nak berbunyi sedikit inggeris utk tampak cerdik dan berkelas sedangkan dua2 bahasanya tumpul. Sentap ahli2 dewan semalam. Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. replied at 27-7-2017 01:15 PM
Syabas dan tahniah.....
Maideen~ Tetiba teringat pulak Bahasa Melayu aruah Nik Ajis....
...
Kenapa pula dgn BM arwah Nik Aziz? |
|
|
|
|
|
|
|
Noor Haqim tu student uitm yachh. Tahniah uolss. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah buat para pemenang. Tahun lepas untuk kategori antarabangsa pun dimenangi oleh peserta dari Jepun. =) |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan bhs yindon ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pembisikmaut at 27-7-2017 04:45 PM
epysha replied at 27-7-2017 04:05 PM
kebanyakan bhs yindon ni..
Bhs indon sesungguhnya adalah bhs melayu pprt...tak setaraf dengan bhs melayu yang tulen dan diprrcakapkan oleh umat melayu suci mulia ....
Keindahan dan kemolekan bhs melayu sebagai bhs umat high class ternyata telah mempesona banyak bangsa lain untuk mempelajari danmencintainya hal in berbeza dengan bhs indon yg hanya digunakan oleh kaum low class pprt ...sehingga tidak dikenal sama sekali dan diprediksi segera punah dari muka bumi .... |
|
|
|
|
|
|
|
finesse replied at 27-7-2017 01:45 PM
Yg menang kategori pemidato asing kata, penutur natif yg suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bah ...
wahhhh, bagus bagus. .i sokong la even kita ni fasih speak english ataw apa pun, jgnlaa lupakan bhs melayu. .
i xtgok smpai habis semalam, tertido |
|
|
|
|
|
|
|
pembisikmaut replied at 27-7-2017 04:33 PM
Bhs indon sesungguhnya adalah bhs melayu pprt...tak setaraf dengan bhs melayu yang tulen dan di ...
Baguslah jikalau saudara sedar akan hakikat yg pahit itu. |
|
|
|
|
|
|
|
raradhia replied at 27-7-2017 04:57 PM
wahhhh, bagus bagus. .i sokong la even kita ni fasih speak english ataw apa pun, jgnlaa lupakan bh ...
Saya pun lancar saja berbahasa Melayu, bhs ibunda dan bahasa inggeris. Tapi mmg akan cakap penuh. Tak ada campur2. Itu cara saya hormati bahasa2 yg saya pelajari.
Kak Rosmah pun menyatakan hasrat hendak lihat bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan antarabangsa menjelang TN50 nnt. Berdsrkn sejarah, tiada sukarnya utk bahasa melayu capai cita2nya tu cuma kita sendiri penutur asli kena jalankan tanggungjwb kita.
Agak kecewa naib johan x menang semalam. Bg fin tajuknya ringkas tp kupasannya amat intelektual dan tinggi falsafahnya. Malang sekali tak menang. |
|
|
|
|
|
|
|
indon totok mana layak bahasanya dipertandingkan, gak bisa |
|
|
|
|
|
|
|
finesse replied at 27-7-2017 05:08 PM
Saya pun lancar saja berbahasa Melayu, bhs ibunda dan bahasa inggeris. Tapi mmg akan cakap penuh. ...
baiklah awak, maafkan bahasa kat atas tadi tu tercampur rojak lah pula. .hihi
tapi, suka sangat tengok mereka berpidato semalam. .malangnya tak sempat nak tengok sampai habis, aduhh. .
nanti nak tengok kat youtube kalau diorang ada letak kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
finesse replied at 27-7-2017 05:02 PM
Baguslah jikalau saudara sedar akan hakikat yg pahit itu.
Berbeza dg bhs indon...bhs melay umat suci diramalkan akan segera menjadi bhs dunia umat islam dan juga bhs antar bangsa enggantikan bhs arab dan bhs inggris ...kerana peran malaysia sebagai negara super power dan termaju serta terkuat di dunia..... |
|
|
|
|
|
|
|
fox. replied at 27-7-2017 09:15 AM
indon totok mana layak bahasanya dipertandingkan, gak bisa
yindon bisa mati di "hayway" yang baru dibina pun sudah panasaran |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat tgk 2 peserta je smlm.. lpas tu tertidur.. malang sekali tak tengok sampai habis |
|
|
|
|
|
|
| |
|