|
sumber : Facebook Jamal Yunos
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan tujuh individu yang lain ditangkap oleh polis awal pagi tadi.
Difahamkan ianya berkemungkinan berkaitan aksinya memecahkan botol arak di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam semalam.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pengawal keselamatan.
"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Kesiksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta perhimpunan."
"ada 6 Oktober kira-kira jam 1.45 pagi, lapan individu ditahan di Sekinchan, Sabak Bernam."
"erintah reman akan dikemukakan di Mahkamah Shah Alam, pagi ini," katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.
Jika didapati bersalah, Jamal berdepan dengan hukuman penjara enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.
Pagi semalam, Jamal telah membawa beberapa peti minuman keras dan memecahkannya dengan tukul besi di hadapan bangunan itu, sebagai membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.- CARI
sumber : Facebook Jamal Yunos |
|