CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5367|Reply: 30

"Lagi Kecam Lagi Bagus, Janji Popular" - Idayu Akur Kecaman Itu Trend

[Copy link]
Post time 5-7-2018 11:01 AM | Show all posts |Read mode




Walaupun setelah bergelar juara AF Megastar tahun lalu, bakat dan populariti Idayu tidak begitu dipandang, tenggelam di sebalik artis yang lebih muda serta kontroversi yang melingkari dunia hiburan.



Hanya baru-baru ini, penangan drama bersiri popular Nur, lagu 'Gantikan Diriku' dendangan Idayu yang sangat lunak menjadi bualan kerana keunikan suaranya yang mampu 'wisel' dikatakan setaraf Mariah Carey. Namun ia kembali sepi setelah drama tersebut berakhir Ramadan lalu.





Bersama Amelia dan Kaer yang turut menyumbang lagu OST Nur




Menyedari bukan sekadar bakat yang diperlukan sekarang, Idayu akur bahawa dia perlu menukar strategi.


"Semua orang tahu Idayu boleh menyanyi. Selepas itu, orang akan lupa balik. Jadi kontroversi itu perlu dan saya tidak kisah jika itu mampu memastikan nama saya relevan dalam industri ini, jelasnya seperti yang ditulis oleh Berita Harian.






Bagi Idayu, setiap artis perlu peka dengan keadaan semasa dan situasi sekarang adalah isu viral.


"Trend sekarang adalah lagi dikecam lagi bagus. Sekurang-kurangnya ada isu yang ditularkan oleh netizen. Secara tak langsung, nama kita akan sentiasa kekal diingatan mereka."

"Ia adalah strategi sampingan yang harus ada dalam kamus artis sekarang. Nak tak nak, kita mesti akur."






Menjelaskan yang dia sekarang sedang sibuk dengan projek duet bersama pelakon yang masih dirahsiakan identitinya, Idayu tidak kisah dilanda kontroversi biarpun menyedari pelakon tersebut tidak berbakat seperti penyanyi lain.

"Kalau orang nak kecam pun, saya tak kesah, lagi kecam lagi bagus, janji popular," kata Idayu atau nama penuhnya Nur Farah Idayu Yaakob.



Foto Carian internet



Dengan bakat yang ada, semoga Idayu berjaya menjadi antara penyanyi yang disegani di Malaysia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2018 11:07 AM | Show all posts
dia ni ok...x sombong...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 11:10 AM | Show all posts
skali tengok cam kak girl @ meera james dj best fm tu la..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:11 PM | Show all posts
sore sedap Idayu ni..siann tak laku..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:16 PM | Show all posts
kena rajin buat lagu ler kot kan..
kalau nak harapkan satu lagu aja berapa lama boleh bertahan...
baru buat satu lagu then jadi OST lepas tu tak popular..
then salah peminat ker? ermmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:25 PM | Show all posts
strategi adalah,
keluarkan single2 yang super meletop. pastu mesti ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara sheols heavy sgt. Pendengar skrg suka suara lembut2 manja2 jer. Tp kesian jgk sheols, menyanyi dr kecik smp dh bjaya buat teknik hebat gdebak gdebuk, last2 org msia xterima jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 12:40 PM | Show all posts
buat botoxxx mungkin akan menaikkan nama idayu semula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2018 12:53 PM | Show all posts
dek..cuber try berlakon..tp of course chuols tak jadi heroin

chuols bleh jer bawak watak kawan heroin yang sengal...pembantu rumah ker



selalu berlakon mesti org nampak selalu kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Single dia Ganti Diriku tu makin lama dgr makin best.. kalau nk mendonia, kena la paksa bukak lagu ni hari2
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
*paksa radio2
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
suara sedap.. lagu x sedap
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols suara mmg power.. Tp sayang pakej kurang.. Kalo tgok sheols nyanyi terbayang wan maimunah tgh nyanyi. Sbg penyanyi visual adalah sgt penting selain audio.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2018 05:05 PM | Show all posts
eh., dah kurus idayu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 11:11 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 5-7-2018 04:35 PM
Sheols suara mmg power.. Tp sayang pakej kurang.. Kalo tgok sheols nyanyi terbayang wan maimunah tgh ...

setujuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 12:12 PM | Show all posts
Dah kenapa Kaer macam berada kat celah kangkang Idayu?
Tapi sedap jugak lagu drama Nur yang Idayu ni nyanyi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2018 12:29 PM | Show all posts
muka dia xde komersial value...buat mcm mana pon org x minat
aku pon x minat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 12:31 PM | Show all posts
Patutla ramai  manusia yg gila perhatian suka dikecam ...........

"Kalau orang nak kecam pun, saya tak kesah, lagi kecam lagi bagus, janji popular,"
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Idayu boleh masuk Asia's Got Talent ke? Dia layak ke tak? Maksud iols dr segi sbb dah ada album ke, mcmtu, sbb dia kn penah ada album..
Kalau bleh try lah, audition kt KL dh dekat kn?
Idayu kn singer with thousand voices,kalau tak nak try hanya dgn bakat menyanyi semata2lah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2018 12:43 PM | Show all posts
terima kenyataan jika kau tak lawa walau suara ko sedap memang tak kemana

kalau ko cantik tapi suara ko hauk dari katak pun orang akan terima dan puja puja lagu ko sedap sore ko sedap

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081663 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list