View: 5086|Reply: 44
|
[Tempatan]
Bertuah punya anak angkat
[Copy link]
|
|
WANITA terkejut apabila mendapati semua barang kemas miliknya dilarikan anak angkat yang dijaga sejak kecil lagi.
Lebih mengejutkan apabila semua barang kemas yang dianggarkan hampir RM40,000 itu sudah digadai anak angkat perempuannya itu.
Sumber memaklumkan, kejadian disedari mangsa berusia 47 tahun itu ketika berada di rumahnya di Kampung Seri Aman, Jalan Bistari, Puchong pada 11.30 pagi, Ahad lalu, selepas mendapati barang kemas dalam simpanannya hilang.
Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, dia tinggal bersama anak angkat dan suaminya di rumah berkenaan sejak mereka berkahwin kira-kira empat bulan lalu.
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklumkan bahawa suami isteri itu sudah mengambil barang kemas wanita berkenaan.
"Difahamkan, pada mulanya anak angkatnya itu tidak mengaku mengambil barang kemas berkenaan. Namun, selepas perbincangan bersama keluarga mentuanya, wanita itu dan suaminya kemudian mengaku berbuat demikian," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber berkata, sebaik melarikan barang kemas milik mangsa, suami isteri itu bertindak menggadaikan barang kemas berkenaan pada harga RM38,000.
"Wanita itu ada menyerahkan resit pajak gadai terhadap barang kemas itu kepada mangsa.
"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Kedua-dua suspek berusia 20an sudah ditahan pada Isnin lalu dan barang kemas yang digadai sudah dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Ogos 2018 @ 3:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dasar anak tak mengenang budi..
semoga laki bini tu mampus digelek lori.. |
|
|
|
|
|
|
|
madu ku beri tuba yg ku blas....anak angkat ni kdg ikut nasib, kalau dpt keturunan baik2, baik lah dia dgn makpak angkat...kalau dpt keturunan hampeh, mmg makan hati lah makpak angkat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklumkan bahawa suami isteri itu sudah mengambil barang kemas wanita berkenaan.
"Difahamkan, pada mulanya anak angkatnya itu tidak mengaku mengambil barang kemas berkenaan. Namun, selepas perbincangan bersama keluarga mentuanya, wanita itu dan suaminya kemudian mengaku berbuat demikian," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.
iols blur phrase ayat ni. bukan mangsa tu is ibu angkat suspek? ibu mentua tu sape pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
ibu mentua anak angkatnya la...mak si laki anak angkatnya
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 10-8-2018 03:47 PM
"Mangsa memberitahu, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua anak angkatnya yang memaklum ...
Rasanya mak mertua anak angkat inform mangsa ( ibu angkat) kot. Kira mak suami anak angkat tu bagus jgk la, xnk subahat. Anak dia buat hal dia report je |
|
|
|
|
|
|
|
ibu - suami - anak angkat - mangsa..
Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, dia tinggal bersama anak angkat dan suaminya di rumah berkenaan sejak mereka berkahwin kira-kira empat bulan lalu. anak angkat dan suami anak angkat..baru 4 bulan kawen..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha! meols kena stat mkn kismis minda dah ni. thanks chuols. nah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibu mertua suspek (ibu kepada suami anak angkat durjana yg baru kawen tu)...
|
|
|
|
|
|
|
|
haah chuols. meols fhm dah. hahaha! td sel2 lambat berhubung
|
|
|
|
|
|
|
|
ada org yang i kenal beli anak angkat kat fb rm5k dgn sepasang suami isteri dari kelantan yg memang kerjanya beranak dan jual anak
betapa bengap nya org tu n family sebab benda tu terang2an salah
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks chuols. faham dah. sorry lmbt pick up. hahaha!
|
|
|
|
|
|
|
|
ha faham dah chuols
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kejenya buat anak, jual anak, tak kaya2 jugak ke chuols?
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 10-8-2018 03:53 PM
hahahaha! meols kena stat mkn kismis minda dah ni. thanks chuols. nah
Iols ejen kismis minda
Terapi as syifak
Pm iols.utk keterangan lanjut..
Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ah sudahlah chuols! dont want to talk to u!
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya... tak mengenang budi |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 10-8-2018 04:02 PM
ah sudahlah chuols! dont want to talk to u!
Ala uols..gurauan di petang hari..
Panas neh...berjelaga kulit iols neh... |
|
|
|
|
|
|
|
laki bini mencuri... bagus mak lelaki tu x nak bersubahat |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu...
tapi depend lagi dgn perangai family yang jaga... kalau asyik keluarkan kata2 yang tak elok pun mempengaruhi perangai anak2 yg dijaga tu jugak..
iols kenal ada sorang yg ambik anak angkat yang tak sah taraf..besar sikit budak tu asyik kena ungkit hal budak tu tak berbapa...last2 ikut jejak mak kandung ngandung anak luar nikah..dicerca lagi anak itu..sedangkan yang doakan dia hari2 dgn kata2 nista ikut jejak mak kandung tu pun mak angkat jugak...
dulu masa nak jaga bukan kemain kata nak jaga macam anak sendiri...dah dapat mcm2 pulak dideranya budak tu fizikal dan mental
|
|
|
|
|
|
|
| |
|