|
|
Susulan didakwa akan menganjurkan “pertandingan onani” pada hujung minggu ini oleh satu laman Facebook yang memuat naik siaran palsu, penolong pengetua sekolah di Teluk Kumbar, Pulau Pinang hari ini tampil menafikan dan membuat laporan polis.
Kredit foto: www.projekmm.com
Malay Mail melaporkan, Ketua polis daerah Timur Laut berkata pengadu segera memaklumkan kepada pengetua sekolah sejurus menerima mesej tentang laman itu pada malam 30 Julai lalu.
"Kenyataan dalam laman itu mendakwa pertandingan itu akan diadakan di sekolah terbabit pada pukul 2 petang."
Tambah Supt A Anbalagan, acara sama turut dimuat naik di akaun Facebook ‘Ayang Manja’ dan dikongsi di kumpulan WhatsApp serta guru-guru lain di Facebook.
“Siasatan awal menunjukkan pengadu menerima mesej terbabit dan siaran di Facebook itu juga sudah tersebar dalam talian.”
Selain menafikan, pihak sekolah bimbang perkara tersebut mampu menjejaskan nama baik sekolah, justeru ianya perlu diambil tindakan segera bagi mengelakkan ianya tersebar luas.- CARI |
|