Tidak serik dikecam dan mendapat 'unlike' yang banyak, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat kembali dengan single baru yang turut menampilkan penyanyi dangdut sensasi dari Indonesia, Lucinta Luna.
Menerusi Instagram mereka, kedua-dua jutawan kosmetik ini memuat naik video sedutan lagu berkenaan untuk diperdengarkan kepada orang ramai.
Bagaimanapun, lagu baru itu dikatakan mengandungi unsur lucah dan dikhuatiri mendapat perhatian kanak-kanak yang masih suci hatinya.
Lebih mengharukan, mereka menggalakkan orang ramai untuk menari bersama menerusi cabaran #bobodimanadancechallenge.
Gelinya...lucah sangat ni!
Malah, video berkenaan memaparkan ketiga-tiga mereka terkinja-kinja dengan tarian masing-masing hingga menampakkan bahagian dada yang terlalu mencolok mata.
Perlu ke goyang sampai macam tu...
Kredit foto: IG Aliff Syukri
Katanya, kos menghasilkan muzik video itu menelan belanja tinggi. Jadi, apa harapan anda dengan muzik video 'mewah' itu? - CARI |