Kredit foto: Google
Ramai yang sedar dan tahu bahawa tabiat merokok tidak mendatangkan apa-apa faedah malah boleh mengundang pelbagai penyakit. Walaupun pelbagai kempen yang dibuat, tetapi tabiat merokok dalam kalangan masyarakat sukar dibuang dan seolah tidak berkesan.
Merokok bukan sahaja membahayakan si perokok tetapi sesiapa sahaja yang menghidu asap rokok atau yang berada berdekatan dengan perokok. Si perokok pula seakan bangga menghembus asap rokok ketika berada di tempat awam tanpa menghiraukan orang sekeliling. Lebih kasihan jika ada dalam ahli keluarga yang merokok dan mereka yang tidak merokok terpaksa menelan asap rokok setiap hari.
Walau pun ramai dalam kalangan wanita yang benci dan tidak suka kepada perokok dan menetapkan syarat dalam pemilihan calon suami, tetapi ada juga yang sebaliknya. Seorang pengguna twitter telah memuat naik status yang mengakui dirinya amat sukakan lelaki perokok.
Wanita bertudung memang suka perokok ke?
Nampaknya, selain wanita ini rupanya ada juga beberapa orang wanita lain yang menyokong dan sukakan lelaki perokok. Mereka sukakan lelaki perokok kerana kelihatan seksi dan hebat di mata mereka. Sedihnya, wanita-wanita ini kebanyakannya bertudung.
Netizen pelik wanita suka perokok
Ada netizen yang merasakan wanita yang sukakan lelaki perokok ini begitu bodoh dan menjengkelkan. Sedangkan mereka tahu merokok membahayakan kesihatan mereka dan boleh membawa kepada kematian disebabkan penyakit kesan daripada merokok.
Lelaki sendiri nak berhenti merokok
Netizen lelaki sendiri memuat naik komen yang mereka sedar akan bahaya merokok dan sedang berusaha untuk berhenti merokok. Sekali sudah terjebak dengan tabiat merokok, mudah mudah untuk berhenti. Bagaimanapun, kerana sayangkan diri dan orang tersayang, mereka sanggup berhenti merokok.
Sakit dan mati akibat merokok
Ada netizen yang turut berkongsi kisah sedih yang mana ada dalam ahli keluarganya yang sakit dan meninggal akibat tabiat merokok. Biarpun sedih, tetapi mereka berharap apa yang terjadi kepada ahli keluarganya yang merokok dapat dijadikan iktibar buat netizen.
Jagalah kesihatan badan dan jangan mementingkan diri. Jika kalian sakit akibat menghisap rokok atau suka menghidu asap rokok, bukankah ia akan menyusahkan diri dan ahli keluarga kelak? Menjaga kesihatan diri adalah amanah yang perlu dijaga dan jangan memudaratkan kesihatan orang lain yang ada di sekeliling disebabkan tabiat merokok. Betul tak? - CARI |