CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9994|Reply: 101

[Tempatan] Jauh perjalanan... Ular sawa dikirim dari Gopeng ke USM guna Pos Laju

[Copy link]
Post time 12-11-2018 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-11-2018 02:35 PM

Jauh perjalanan... Ular sawa dikirim dari Gopeng ke USM guna Pos Laju

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/11/12/ular-sawa-pos-laju/

Diterbitkan: Isnin, 12 November 2018 9:27 PM


Ular sawa batik dikeluarkan kakitangan Pos Laju daripada bungkusan tersebut. foto Facebook

PETALING JAYA: Seorang kakitangan Pos Laju dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang tertera 'but bola' tetapi isi di dalamnya bergerak-gerak.

Bungkusan seberat hampir 2 kilogram itu dialamatkan ke blok kediaman di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Difahamkan beberapa kakitangan Pos Malaysia telah membuka bungkusan berkenaan dan terkejut apabila mendapati isi kandungannya merupakan seekor ular sawa batik.

Berdasarkan 'tracking number' yang disemak melalui laman web Pos Laju, bungkusan itu dihantar pengirimnya menerusi serahan di kaunter di Pejabat Pos Mambang Diawan, Kampar, Perak pada petang 8 November lalu.

Bungkusan tersebut tiba di Pos Laju Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9 November sebelum dihantar semula ke Cawangan Serahan Sungai Buloh kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.


'Tracking number' bungkusan tersebut.

Jurucakap Pos Malaysia ketika dihubungi mStar Online menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Malah, katanya tindakan tersebut berisiko menyebabkan ancaman keselamatan petugas Pos Malaysia dan orang awam selain menjejaskan operasi syarikat.

Beliau berkata, Pos Malaysia maklum mengenai hantaran tular di laman media sosial yang memaparkan beberapa keping gambar bungkusan Pos Laju berlabel 'but bola'.

"Pos Malaysia menegaskan bahawa perbuatan mengirim bungkusan yang mengandungi haiwan, termasuklah serangga, telur, larva, burung dan gading, adalah dilarang sama sekali," katanya.

Tambah beliau lagi, penghantaran sebarang barangan larangan sekiranya diketahui kakitangan akan ditolak penerimaannya atau, jika dikesan dalam perjalanan, akan ditahan.

"Barangan itu akan diuruskan dalam apa jua cara yang difikirkan wajar oleh Pos Malaysia dan dalam sesetengah kes, pengirimnya boleh didakwa di mahkamah," katanya.


Bungkusan tersebut dibalut rapi.

Susulan itu, beliau menggesa orang ramai untuk membuat pertanyaan di pejabat pos atau cawangan Pos Laju bagi mengetahui sama ada pengiriman sesuatu barangan itu dibenarkan.

mStar Online berjaya menghubungi penerima bungkusan tersebut petang Isnin.

Individu itu mengesahkan dirinya sebagai penerima bungkusan berkenaan.

Namun dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa hari ular tu kelaparan dok dalam kotak tu? Atau hada gak dibekalkan makanan ringan seperti bangkai tikus?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wadefak hantar ular guna pos. Punya la pemalas dari Perak gi Penang jah pon pemalas nak mampos drive ka syaitan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 10:43 PM | Show all posts
Kesian ular tu

Selfish!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari 8 nov ular tu dlm kotak kesiannya la hai. Di campak2 di penyek2. Celaka sungguh seller
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts

Bodoh punya manusia, dasar pemalas
Ular tu nak hidup pun gigih cari makan tau
Kau senang2 je jual ular... hantar pakai poslaju pula tu
Kesian ular tu
Syaitanirojim betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya manusia
Zalim buat kat majestic phyton mcm tu

Eeeiiiii sakit hati i

Ular yg sgt cantik terseksa beberapa hari
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ular sawa batik....

Spesis susah nk dpt ni, mgkin ular ni di seludup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 11:22 PM | Show all posts
benda cmni, jgnla berlembut sgt, takatbagi warning
patut tahan pengirim,penerima, dakwaladorg


pasni, yg lain takut sket
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah..bangang nye..dekat je kot perak penang tu..dah tersiksa ular tu dok dalam kotak berhari2..pembeli dengan penjual sama2 bangang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Penerima tu mmg order ke ular tu? Dia nak buat apa ngan ular tu kt usm?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap abam posmen tu takde pape. Dibuatnya ular tu patuk lepas kotak tu dibuka?
Ehhh...kalau ular sawa pun patuk jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Penerima ke yg order ular tu?
Ke pengirim nak dajalkan ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Prank poslaju
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts

Ambil tindakan undang2
Jangan bayar tepi
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 12-11-2018 11:31 PM
Penerima tu mmg order ke ular tu? Dia nak buat apa ngan ular tu kt usm?

Orang kata klau ke usm tu sbb nak buat research. Yela jauh pulak nak ke gopeng tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 12:11 AM | Show all posts
BAHAYA BETul
harap ditangkap sapa yang kirim tu,
harap pekerja pos yang buka kotak tu,
berhak lempang sekali dua si pengirim juga...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Iris. replied at 12-11-2018 11:07 PM
Bodoh punya manusia, dasar pemalas
Ular tu nak hidup pun gigih cari makan tau
Kau senang2 je jua ...

ular tu kalo ada twitter buat bebenang diaa nk cite. hahahahaahha
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya lah hai!
Ular tu benda idup jg
Kalau aku benda ifup yg beli online setakat pokok & bijibenih
Itu pun bila sampai, aku rehatkan dl xterus tanam takut dia 'stress'
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 12-11-2018 11:35 PM
Harap abam posmen tu takde pape. Dibuatnya ular tu patuk lepas kotak tu dibuka?
Ehhh...kalau ular s ...

Reti kot patuk tapi ular sawa takda bisa. Dia bunoh mangsa dengan membelit mangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.123362 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list