Masih lagi dengan kehangatan model antarabangsa, Bella Hadid yang mengunjungi Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Ramai selebriti mengambil kesempatan untuk merakamkan foto kenangan bersama supermodel itu seperti Neelofa dan Scha Alyahya.
Pastinya dengan ketinggian 170cm menghampiri ketinggian Bella (175cm), gambar Scha lebih mendapat perhatian berbanding artis lain. Apatah lagi mereka mempunyai raut muka, aura model dan bentuk badan yang hampir serupa menyebabkan ia tampak cantik dan fotogenit.
Namun apabila ada peminat yang menyatakan Scha lebih cantik berbanding Bella, ramai pula yang merasakan ianya satu ulasan tidak adil kerana kedua-duanya memiliki kecantikan tersendiri, jadi tidak adil untuk membandingkan kedua-duanya.
Kredit foto: Twitter
"At least dia lebih cantik, kaya dan tinggi dari you. Bella top model okey. But you? Hmm, keep judging people?"
Bagi majoriti netizen, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Jadi, janganlah hanya kerana komen ringkas ini menyebabkan ada yang merasakan ianya adalah komen keseluruhan rakyat Malaysia.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
"Scha cantik, lagi pula Bella tu dah buat pembedahan plastik."
Namun, ramai juga menyokong komen Mira iaitu Scha lebih cantik berbanding Bella yang telah membuat banyak pembedahan plastik hingga merubah keaslian wajah.
Kredit foto: IG
"Bella Hadid macam bad photoshop. So sorry."
Tidak dinafikan beberapa keping gambar mereka berdua, Bella nampak tidak bersedia dengan matanya tidak memandang ke arah kamera. Ya, mungkin kerana dia adalah perhatian utama pada malam tersebut membuatkan Bella tidak dapat menumpukan perhatian. Tetapi secara ringkasnya ramai yang bersetuju kedua-duanya jelita.
Bagaimanapun, bagi segelintir yang lain berpendapat setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka. Jadi, apa salahnya dengan post sebegini kerana dia cuma memberi pendapat dan orang lain boleh bersetuju atau tidak.
Ya, setiap individu berhak memberi pendapat masing-masing selagi ia tidak menyalahi undang-undang dan juga menyakiti hati orang lain. Jadi, Scha dan Bella kedua-duanya memiliki aura tersendiri. Tetapi apabila kecantikan wanita Melayu dikatakan melebihi wanita Inggeris pastinya kita perlu berbangga dengan kenyataan itu. Apa pendapat anda? - CARI
|