Suami manalah yang boleh bertahan dan berdiam diri apabila orang mengata isterinya. Baik buruk, dia tetap isteri kita.
Terbaru, seorang pengguna lelaki di instagram meninggalkan komen yang tidak sedap dibaca di laman instagram Mawar Rashid.
Mawar memuat naik status ucapan selamat hari jadi berserta foto terkininya.
Sumber foto: IG Mawar Rashid
Umum mengetahui Mawar kini sedang hamil lima bulan hasil perkahwinannya dengan Raf Yaakob pada November tahun lalu. Sesiapa sahaja yang sedang hamil pasti melalui fasa berat badan naik mendadak dan ia bukanlah suatu perkara yang memalukan.
Namun, provokasi dari pengguna instagram terbabit seolah-olah tidak menghormati Mawar. Berikutan itu, Raf Yaakob bertindak untuk membalas komen tersebut.
Menurut Raf, beliau tetap menyintai isterinya walau bagaimana rupa sekalipun. Mawar membalas komen itu dengan gembira dan menyifatkan suaminya over-protective.
Mari kita layan gambar-gambar mereka berdua. Memang sweet pun.
Sumber foto: IG Mawar Rashid
Apa-apa pun, bagus juga ada suami yang over-protective daripada suami yang buat tak tahu pasal isteri, betul tak?
Semoga selepas ini, peminat tidak lagi meninggalkan komen-komen berbaur negatif tanpa mengambil kira perasaan pemilik instagram tersebut. -CARI |