"Anak kita pun ada perasaan. Dia pun suka baca komen kawan-kawan dan pengikut Instagram mak dia."
Kenapa dengan anak Misha Omar? Bunyi macam kecil hati saja posting di Insta Story Misha.
Kredit Foto: IG Misha Omar
Difahamkan, ada pihak yang kurang sensitif telah mengirim pesanan menerusi Direct Message (DM) dan mempersoalkan perihal anak sulungnya, Muhammad Adam Emir.
Menurut Misha, dia tidak menggemari istilah 'anak angkat' kerana tidak mahu ada sempadan antara seorang ibu dan anak.
"Ya, Adam anak angkat saya. Tapi, tak perlu DM atau komen macam, 'anak awak masik kecil, ini anak angkat awak kan?'
"Anak angkat pun anak saya, wak. Kita sedar dan sedia maklum istilah itu, tapi kita pilih untuk tak pakai sangat sebab tak suka perkataan tu jadi sempadan untuk kita dan anak," jelasnya.
Setiap orang ada pandangan dan pendirian masing-masing. Diharap, semua pihak menghormati Misha dan tidak menggunakan istilah anak angkat untuk merujuk anak sulungnya itu. - CARI
|