|
Pelakon Jason Momoa, 39, mendedahkan jeritan kesakitan yang selalu diutarakan wataknya dalam filem Aquaman kedengaran sangat meyakinkan kerana beliau benar-benar merasa kesakitan di 'bahagian sensitifnya' sepanjang memakai kostum Aquaman yang berat itu.
Kredit foto: Forbes
Beliau mendedahkan punca kesakitan adalah akibat daripada abah-abah (harness) yang dipasang di pinggang dan celah kelangkangnya dan di bawah kostumnya supaya beliau boleh ditarik tinggi dan bergerak seakan-akan berenang di bawah lautan.
Hasilnya, pergerakan watak Aquaman dalam filem berdasarkan komik DC itu kelihatan sangat hebat dan berjaya mendominasi kutipan box-office selama beberapa minggu.
Kredit foto: ign.com
Menurut pengarahnya James Wan, penggambaran selama berjam-jam sangat menyakitkan 'bahagian sensitif' Momoa sehingga pelakon itu pernah memberitahu tidak selesa dengan tekanan yang kuat di seluruh badannya. 'Dengan berat badan lebih 200 pounds, sememangnya bukan pengalaman yang menyenangkan untuk beliau' kata James Wan lagi.
Kredit foto: 9to5Mac
Untuk kelihatan lebih realistik, krew penggambaran James Wan telah merekacipta sebuah sistem yang boleh mengangkat Momoa untuk terbang dan terapung seperti di permukaan bawah laut. Air laut kemudian ditambahkan menggunakan teknologi CGI ke dalam skrin.
Kredit foto: Mashable
'Ianya sesuatu yang perlu dilakukan untuk filem itu walaupun menyakitkan, malahan Jason berseloroh mungkin dia tidak boleh mempunyai anak lagi kerana bahagian sensitifnya telah pecah' tambah James Wan.
Melihat hasil daripada pengorbanan dan kesukaran pelakon ini, amatlah berbaloi menonton filem Aquaman di panggung wayang kerana sinematografinya yang menarik dan pergerakannya yang realisik. - CARI |
|