Orang kata, kalau nak buat tatu kekal dalam bahasa asing, sila rujuk pakar bahasa tersebut terlebih dahulu. Kalau tidak, anda akan menanggung malu besar jika terdapat sebarang kesilapan.
Kredit foto: Carian Google
Inilah yang terjadi kepada penyanyi pop, Arianna Grande. Selasa lalu, Arianna dengan penuh rasa bangga memperkenalkan tatu baru di jarinya sempena single terbarunya '7 Rings' yang menjadi Top 1 dalam Carta 100 Billboard. Lagu 7 Rings itu diinspirasikan daripada kisah Arianna membeli-belah secara mewah dengan rakan rapatnya.
Malangnya, kerana tidak merujuk sesiapa yang pakar dalam bahasa Jepun, tulisan '7 Rings' itu tersilap menjadi 'BBQ Grill' (Pemanggang BBQ)!
Kredit foto: Carian Google
Kesilapan itu dipersendakan ramai kerana tulisan "7 rings" kini menjadi 'dapur arang kecil' yang digunakan untuk memanggang.
Kredit foto: Twitter
Menyedari kesilapannya, Arianna telah memadam gambar tatunya serta-merta. Bagaimanapun, netizen sempat screenshot gambar tersebut dan menyebarkannya di media sosial dengan komen-komen berupa sindiran dan lawak.
Kredit foto: Twitter
Selepas menjadi bahan lawak selama beberapa hari, Arianna akhirnya tampil membuat komen ringkas. 'Tatu kecil ini sangat sakit kerana dibuat di bahagian jari yang mudah melepuh, dan sebagai makluman saya memang peminat pemanggang BBQ' katanya menutup rasa malu.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Satu peringatan penting untuk sesiapa yang mahu membuat tatu kekal, gunakan bahasa yang anda tahu atau rujuk pakar bahasa itu dahulu kalau tidak mahu menanggung malu! - CARI |