Pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini mengakui pernah berasa riak kerana dikurniakan dengan kulit yang cantik dan tidak pernah disinggahi oleh jerawat.
Namun, segalanya berubah apabila dia menginjak ke usia 23 tahun, bilamana mukanya tiba-tiba mengalami masalah jerawat yang agak teruk. Keadaan tersebut menyedarkan dirinya yang nikmat kecantikan tidak kekal dan bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nikmat tersebut.
"I never had a single zits. Dari kecik sampai I 23. And I berlagak gila," tulis Fatin di Twitter.
Kredit foto : Twitter Fatin Afeefa
Fatin turut berkongsi gambar wajahnya semasa mengalami skin's breakout yang agak teruk.
Kredit foto : Twitter Fatin Afeefa
Menyedari kesilapannya sebelum ini, Fatin menasihatkan agar mereka yang mempunyai kulit yang cantik untuk tidak merasa riak kerana ianya tidak akan kekal selamanya.
Kredit foto : Twitter Fatin Afeefa
Tweet Fatin tersebut berjaya menarik perhatian terutama kaum wanita yang berterima kasih kepada Fatin atas teguran tersebut.
Kredit foto : Twitter Fatin Afeefa
Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama sepertinya.
Kredit foto : Twitter Fatin Afeefa
Ada benarnya teguran Fatin tersebut. Tidak kira apa pun, jangan sesekali merasa diri lebih baik dan cantik daripada orang lain sehingga menimbulkan rasa riak dalam diri. Muhasabah diri dan rawat lah hati kerana riak merupakan penyakit hati yang berbahaya. -CARI |