Cristiano Braga menjadi mangsa ejekan kerana rambutnya yang panjang menyebabkan dia kelihatan seperti seorang wanita. Kredit foto: Cristiano Braga
Kebiasaannya orang lelaki yang berambut panjang menyimpannya setakat paras bahu mereka sahaja dan ramai yang lebih selesa dengan rambut pendek.
Namun, seorang model lelaki dari Brazil, Cristiano Braga, 28, melakukan sesuatu yang berbeza dengan menyimpan rambutnya sehingga sepanjang 2 kaki atau 0.6 meter.
Malangnya, memetik laporan Mirror pada 23 Mei, rambut yang disimpannya selama tujuh tahun itu menyebabkan Braga sering menjadi sasaran ejekan orang-orang di sekelilingnya.
Selain dibuli secara lisan oleh mereka yang cemburu, Braga yang juga seorang pelakon dituduh ingin menukar jantina menjadi seorang wanita.
"Ada satu ketika, semasa rambut saya semakin panjang, orang lain mengejek-ejek saya sebagai wanita, rambut penyapu, orang-orang dan mengugut untuk memotong rambut saya kerana mereka kata saya kelihatan hodoh dan pelik," katanya.
Braga menyimpan rambut sehingga sepanjang 2 kaki (kanan) dan gambarnya ketika masih berambut pendek (kiri). Kredit foto: Cristiano Braga
Malah, ada yang memberikannya gelaran 'Rapunzel Jantan' selain Jesus, John Lennon, Jared Leto, Axl Rose, Ariel, Merida dan Little Mermaid.
"rejudis memang wujud dalam masyarakat kita dan ia mesti ditangani," jelas Braga.
Tentang penjagaan rambut, Braga memberitahu, dia hanya memerlukan masa lima minit untuk mencucinya serta menggunakan minyak semula jadi berasaskan daun lidah buaya, avokado, camomile, pudina dan rosemary.
Mungkin mereka yang memberi gelaran seperti Rapunzel Jantan kepada Braga itu hanya bergurau, namun sebaik-baiknya hormatilah perasaan orang lain. -CARI |