Walaupun aku bukan moderator, tapi aku nak cuba hidupkan board ni huhu so for a start, jom kita borak.
Korang kalau carik resepi kat internet ni, korang selalu refer page mana? Atau blog siapa? Kalau chef, siapa? Chef selebriti ke apa apa la rujukan yang korang rasa reliable dan kalau korang carik resepi mesti pergi page dia?
Aku start dulu k
Tempatan, aku suka aziekitchen,com dan enyabdullah.com. Walaupun blog aziekitchen tu intro dia panjang berjela huhu tapi takpelah maybe itu style dia, tapi dia punya instruction memasak senang nak faham. Kadang-kadang ada gambar step by step, senang aku nak rujuk aku buat betul ke tak.
Yang enyabdullah tu pulak, mostly semua resepi dia aku try menjadi. Kalau nak cari resepi tempatan atau masakan Melayu, memang aku prefer untuk refer diorang punya resepi.
Kalau antarabangsa, dulu aku suka tengok Buzzfeed Tasty. Selain dari video dia menarik, bahan-bahan dia guna pun tak complicated sangat. Tapi lately ni dorang macam dah takde resepi baru.
Selain dari tu, aku suka Kitchen Stories.com, Jamie Oliver, dan Bon Appetit. Jamie Oliver aku suka try resepi dia sebab sama jugak, senang nak cuba dan faham, tak complicated. Antara resepi dia aku pernah try roast potato dan balinese stew.
Post time 22-7-2019 09:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Eh sama lah kita ni..i pun selalu tgk aziekitchen tu sebab detail betul dia bagi resepi hehe memudahkan iols yang tak pandai memasak ni...
Selain aziekitchen tu iols baca jugak resepi kat blog cik epal (put aside kes yg tengah hot tu)...tapi rasanya pernah try 1 je menu dari situ
And kadang2 iols gugel jeee, yg mana 1 keluar tu yg tu lah iols ikut resepinya hehe
Post time 22-7-2019 09:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols slalu google nama resepi pastu tgk apa yg kuar...buka top 5 tgk resrpi paling mudah...mcm tt ckp azie kitchen intro punya la berjela, aku skip je, trus ke resepi.. ok la resrpi dia, pastu suka tgk azlitamasam manis, ada gambar step by step. Yatiememories pun best kuih2 dia.
Post time 22-7-2019 09:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sehirkedi at 22-7-2019 10:07 PM
Best topik ni.. Hari-hari iols suka layan video masakan. Kalau kat insta iols suke adikfoods, sebab terhibur dengan gaya seols berseloroh lawak2. Lagipun masakannya senang nak ikut.
Kalau antarabangsa, iols suka layan youtube channel 'Bruno Albouze'. Heols masak dengan sepenuh jiwa. Terliur tengok video masakan heols. Selalu ternanti-nanti video baru.
dulu selalu ikut @hanieliza kat cari ni .. semalam nampak buku masak kak liza di mph ..
selalunya kalau lauk2 sini, refer je sana sini
baking - my favourite sally's baking addiction .. dah byk recipe dia yg i cuba memang menjadi. dia siap bagi alternatives dan steps utk tweak .. dia ni siap ada fb group utk follower dia, diorg ni saling share & sgt membantu esp bila ada yg bake tak menjadi. they are up to different altitude punya problem pun diorg boleh advise ..
tasty website pun not bad. pernah try recipe nigella, kurang menjadi mcm sally's
Wow ramai jugak blogger masakan malaysia yang aku first time dengar kat sini, macam azlitamasam manis, mat gebu? Bolehla aku cekidaut lepas ni
Aku suka korang rekemen bukan apa, pernah main google pastu pilih resepi page 1 kat Google, aku tak ingat masakan apa.. tapi tak menjadi resepinya, hancus huhu resepi biskut kalau tak salah aku. Tapi salah aku jugakla sebab aku prefer resepi yang senang. Senang sangat pun tak boleh jugak.
Korang pernah tengok tak FB/Youtube Village Cooking Channel? Kagum aku dengan kamera dorang, cantik videonya. Buat aku teringin nak buat dapur kayu api kat luar rumah haha
Post time 27-7-2019 11:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Selain Mat Gebu dan Azie Kitchen.. I suka daridapur.com , Norazlitaaziz masam manis,Ami’s little kitchen ..food network & Allrecipes.com.. Kadang2 tu asyik browsing recipes sampai lupa masak .. last pegi beli kat kedai hahahaha!
Post time 27-7-2019 11:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I follow icookweeat kat ig.. Suka tgk dia tunjuk cemana nak siang bahan2, pastu masakan dia mmg senang nak ikut. Kalau yg baru nak kenal dapur tu sesuai la follow dia ni