Selepas skandal perceraian dan turun takhta sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dilaporkan akan berkahwin dengan wanita pilihan keluarga yang disifatkan "lebih layak" untuk menjadi permaisuri.
Perkara itu didedahkan akhbar UK, Daily Mailyang memetik kenyataan sumber diplomatik Kremlin, Rusia yang mendakwa keluarga diraja Kelantan sudah memilih pengantin baharu untuk Sultan Muhammad V.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dilaporkan akan berkahwin lain. Foto: Google
Ketika Rihana Oksana masih belum dapat menerima kenyataan perceraian itu, keluar pula berita mengejutkan ini.
Daily Mail turut melaporkan sebab Sultan Muhammad V turun takhta sebagai Agong adalah kerana keluarga diraja Kelantan tidak setuju dengan pernikahannya dengan Rihana, sehingga memaksa Sultan-Sultan lain menasihatinya supaya berundur.
Rihana bersama anaknya. Foto: Instagram
"Menurut maklumat saya, keluarga Sultan tidak suka dengan isteri Rusia itu," kata sumber yang turut menafikan dakwaan anak dilahirkan Rihana bukanlah darah daging Sultan Muhammad V.
Akhbar Rusia, Komsomolskaya Pravd juga mendakwa berdasarkan sumber "rasmi" Kremlin yang arif tentang isu itu: "Keluarga Sultan memang tidak menyukai Rihana sejak mula lagi. Sudah jadi tradisi kahwin dengan wanita kaum sendiri. Oksana adalah pilihan yang salah," katanya. Akhbar itu adalah akhbar utama di Rusia.
Cinta dua darjat? Foto: Instagram
Menurut sumber lagi, selepas Sultan Muhammad V turun takhta, ibunya masih tidak menyukai Rihana dan baginda menerima tekanan untuk menceraikan Rihana daripada keluarga diraja Kelantan.
"Saya juga diberitahu yang untuk bercerai, peguamnya (Sultan Muhammad V) menggunakan alasan curang dan baginda meragui status anak. Walaupun begitu, Sultan sebenarnya tak pernah ragu yang baginda adalah bapa anak itu. Baginda hanya serahkan kepada peguam untuk uruskan semuanya," kata sumber lagi.
Fuh, skandal betul ni. Dah macam drama pukul 7. Apapun kalau betul tahniah Sultan Kelantan sebab kahwin lagi! - CARI |