Apa nak jadi? Seorang budak lelaki lima tahun cedera selepas dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di rumah dekat Jalan Jelutong, Georgetown.
Difahamkan, budak itu mengalami lebam pada pipi kiri, kedua-dua lengan, kaki kiri dan cedera di kemaluannya.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu disedari pada Sabtu lalu ketika sepasukan polis melakukan serbuan di rumah itu yang berkaitan kes dadah teman lelaki ibu mangsa.
Kredit foto: Harian Metro
Ketika itulah pihak polis mendapati mangsa ditemui dengan penuh kesan lebam.
“Hasil siasatan lanjut, kanak-kanak itu memberitahu yang dia dipukul ‘daddy’ iaitu teman lelaki ibunya dan ibunya sendiri namun, tidak memberitahu sebab diperlakukan demikian.
“Mangsa kemudian dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang dan doktor mengesahkan terdapat kesan lebam di pipi, lengan, kaki selain cedera kemaluan, namun imbasan X-ray tidak menemui kesan patah,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut.
Mangsa kini ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut dan turut dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Foto: Carian internet
Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang turut berkata, ibu kandung mangsa, 28 dan teman lelakinya, 37 kini ditahan untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua mereka turut didapati positif methamphetamine. Suspek lelaki yang juga pekerja kontrak mempunyai 12 rekod lampau masing-masing membabitkan kes jenayah dan dadah,” katanya. - CARI |