"Sebelum ini saya terlampau sibuk berlakon, tapi sekarang dah free. Jadi ini masa terbaik untuk cahayamata."
Pelakon jelita, Izara Aishah akhirnya mengumumkan yang dia da suaminya, Adib sudah bersedia menimang cahayamata mereka.
Ig
Menurut Izara seperti yang dipetik portal HLive, komitmen kerjayanya sebelum ini menuntut banyak pengorbanan untuk berada di set penggambaran hingga membataskan peluang tersebut.
"Saya dan Adib dah lama bersedia untuk mempunyai anak sendiri cuma masa tak mengizinkan."
Ig
Perkahwinan yang dibina sejak 17 November 2017 ini tidak terasa sunyi kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya hinggakan sekarang mereka memilih untuk bertenang.
"Sebelum ini, memang sibuk bekerja. Tapi sekarang dah takda komitmen. Jadi, saya rasa ini adalah masa terbaik. Saya nak rehat dan fokus kepada keluarga."
Ig
Izara juga bersedia untuk menimang cahayamata pada bila-bila masa sahaja.
Wah! Mesti ramai yang tak sabar-sabar untuk menantikan berita kehamilan Izara kan? Semoga berjaya! - CARI
|