Pelakon Azrel Ismail mengakui dirinya sudah mempunyai pilhan hati, namun memilih untuk hidup membujang sepuas-puasnya sebelum mendirikan rumah tangga.
Dia mengatakan kepada Berita Harian, bahawa dia tidak mahu terburu-buru berkahwin walaupun ramai rakannya sudah menamatkan zaman bujang.
Foto: Instagram Azrel Ismail
Tambahnya lagi, hatinya juga terusik apabila melihat rakan artis lain melangsungkan pernikahan, tetapi itu bukanlah tekanan pada dirinya.
Menurutnya, perancangan kahwin perlu dibuat dengan betul kerana hidup pasti akan berubah selepas bergelar suami isteri.
Bercakap soal kerjaya, dia masih menanti tawaran berlakon untuk watak yang memberi impak kepada penonton seperti mana yang berlaku pada Ben Amir yang bergandingan dengan Mira Filzah.
Namun, dia masih bersyukur rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus hingga terlepas peluang untuk berlakon dalam teater Pawana Isabella arahan Erma Fatima kerana masih dalam penggambaran drama Puteri Yang Ditukar.
Pada masa sama, Azrel sedang berusaha untuk memulakan bidang perniagaan dandanan rambut kerana dia begitu berminat dengan fesyen rambut dan kemungkinan mahu berniaga produk rambut atau membuka kedai gunting rambut pada masa akan datang.
Harap, nama Azrel juga akan 'meletop' dalam bidang lakonan seperti rakan seperjuangan lain. Tidak mengapa lambat, asalkan terus bertahan dalam industri dan bijak bawa diri. - CARI
|