View: 8792|Reply: 54
|
"Bukan Tak Setuju Tapi..." - Ada Ibu bapa Tak Setuju Wajibkan Car Sea
[Copy link]
|
|
Seperti yang diumumkan pihak berkuasa, mulai 1 Januari 2020, penggunaan car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) akan diwajibkan bagi mengelakkan kecederaan serius sekiranya berlakunya kemalangan.
Sebagai makluman, kerusi yang digunapakai di Malaysia mestilah mematuhi standard R44 dan R129 yang ditetapkan United Nation.
Kredit foto: Carian Google
Ramai ibu bapa menyokong tindakan kerajaan ini, bagaimana pun ada juga sebaliknya. Salah seorang daripadanya ialah netizen bernama Chienta Mul'aien yang berkongsi keluhannya di Facebook.
"Saya bukan anti car seat. Anak saya yang baby pun saya letakkan dalam car seat ya. Cuma saya terkesan dekat sini bila peraturan car seat ni diwajibkan pada 1 Januari 2020.
"Faham tak 1 Januari tu apa?
"Masa itulah ibu bapa berikat perut nak sediakan pakaian baru, kasut baru dan beg sekolah baru untuk anak-anak bersekolah. Yuran sekolah lagi. Anak seorang bolehlah cakap. Ala banyak mana sangat. Habis kalau dah 3, 4, 5 orang anak yang sekolah macam mana?" keluhnya.
Rupa-rupanya, Puan Chienta bersetuju dengan penggunaan car seat yang diwajibkan, tetapi tidak bersetuju dengan tarikh 1 Januari 2020.
Menurut beliau, tarikh itu adalah tarikh kritikal di mana ibu bapa akan mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk persekolahan anak-anak.
Kredit foto: PaulTan
Bagi mereka yang mempunyai lebih dari seorang anak, sudah pastinya membebankan memandangkan mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi.
'Tambahan pula, car seat bukannya murah, buat yang pilih pre-loved car seat punya tarikh luput, sila cek,' katanya lagi.
Komen Puan Chienta itu mendapat sokongan ramai ibu bapa.
Kredit foto: Facebook
'Kalau boleh, janganlah kuatkuasakan bulan Januari, buat bulan lain,' kata seorang netizen.
'Saya anak lima, pakai kancil, mana nak sumbat? Pening!' tambah seorang lagi.
Bagaimana pula pendapat anda? Adakah peraturan ini membebankan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Minta keluar epf utk beli carseat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Sangkar_Emas7 at 18-11-2019 11:16 AM
mmg dilema bab carseat ni. Tau ia membawa kebaikan....tp percayalah sesungguhnya mmg ade mak pak yg tak mmpu nk beli...bkn saje2 taknak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dah tiba masanya rakyat malaysia merancang dalam berkeluarga.
nak tambah anak, kena fikir kereta muat ke idak.
mungkin kalau plan nak anak bnyk, kena saving utk beli mini van, bukan honda city.
kalau nak anak ramai, kena pilih utk beli 2nd hand car instead of kereta baru.
or else, kena naik public transport utk balik kg, kena korban sket takleh gi jalan2..
kalau ikutkan di tahun 80-an dulu, ramai yang ada ramai anak tak mampu beli kereta, tinggal di kl, macam mana drg balik kg?
sekadar pendapat |
|
|
|
|
|
|
|
hrga dilaporkan naik mencanak mcm batang stim |
|
|
|
|
|
|
|
eih kesian kalau anak 3 lepastu dua baby selang setahun.. pakai pula myvi.. dah mcmne tu.. terkesan jgk la pada yg x mampu.. tak kan nak tukar kereta pula ea.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong tp tu la.. Dlm 2 3 bulan bg masa trus sruh rakyat sediakan utk anak2 dan wajibkan terus 1 jan. Kalau x mampu anak 3 4 org nak kena sediakan nak join kutu car seat pon x sempat. Bg la ms sikit macam pemakaian kasut hitam. Dalam tempoh 2 tahun beransur2 smpai la di wajibkan terus. Tu kasut baru berapa Ringgit compare dgn car seat yg beratus2 Ringgit dlm 2 bulan ni. Anak nak sekolah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mampu x kisah. Mmg akan ada 1 car seat. Tapi kalau dah 2-3 kete pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Yg xmampu tu i xkisah xnk pakai car seat. After all, jd apa2 bkn hal aku
Tp pakai kancil, ank 5?? Xbuat financial planning ke? Kesian nya hak ank2 |
|
|
|
|
|
|
|
bonggo replied at 18-11-2019 01:27 PM
Aku sokong tp tu la.. Dlm 2 3 bulan bg masa trus sruh rakyat sediakan utk anak2 dan wajibkan terus ...
Actually dah ada dari thn 2015. Tp biasa lah rakyat malaysia, selagi x kuatkuasakan, selagi tu buat xtau. Since 2015 lg dah ada awareness.
I rasa should pospone ke year 2021. |
|
|
|
|
|
|
|
saranan dah lama..cuma 1 jan diwajibkan.
mesti org cakap, alah anak sorang boleh la sembang |
|
|
|
|
|
|
|
Bukannya diorang keluarkan arahan semalam, hari ni terus kuat kuasa. Dah lama pun cerita pasal carseat ni kan. Yang kata kalau anak 2,3,4,5 semua tu.. Eh helloooo, patutnya anak ko lahir dulu dah terus kena beli car seat ye, bukannya ko pangku baby kat passenger seat ke hulu ke hilir. Kalau sayang anak, ajar la diorang duduk kat car seat sejak baby lagi. Kang kalau dah accident tercampak anak kat luar kereta baru nak berguling menyesal dah tak guna |
|
|
|
|
|
|
|
LHDN buat la rebate tax sikit 1000.00 utk 3 tahun sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
ada anak sorang senang la cakap, gaji laki bini 7-8 ribu sorang Kereta MPV. Buleh la beli.
Benda2 hukum hakam ni kena bagi tau awal, di hebahkan sekerap mungkin. Kena di ingat sll.
Cer pi survey kat KL hospital, wad beranak tu. Berapa org ibu bapa yg tahu 1 Jan 2020 . Car Seat Wajib ada . Lps tu pi pulak Prince court ke , Gleaneagles. Survey.
Then baru kita tahu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kereta kancil. anak lima. Gaji bawah seribu. Ini penderaan utk diri sendiri dan anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
emily.topaz replied at 18-11-2019 09:22 PM
kereta kancil. anak lima. Gaji bawah seribu. Ini penderaan utk diri sendiri dan anak2.
Mmg ada uols. Mls nk tanya direct so i tanya dkt sini. Pakai kancil, gaji bwah 2k, ank smpai 5. Why??? Jgn ckp dah planning, mmg aku x cayer . Kalau planning keluar 2 ok lg tp smpai 5, tu sembang je planning tp buat nya (planning) x |
|
|
|
|
|
|
|
Harga car seat tu ok lg.. Ni kalau anak 6 org. Yg kecik 2 tu dah full kt 1st row. Penuh ngn car seat. Yg 4 lg tu nk sumbat mn |
|
|
|
|
|
|
|
Megikari replied at 18-11-2019 04:05 PM
Bukannya diorang keluarkan arahan semalam, hari ni terus kuat kuasa. Dah lama pun cerita pasal carse ...
Last year siap ada mak budak ni ajar, keluar hospital sediakan bakul, letak ank dlm tu kalau keluar hosp sorang2. No worries. Nk jd mak sgt, jgn kata duit, ilmu pon xde. Boleh x kalau sblm beranak tu rajin2 membaca? Kita dah la nk kene bina balik sahsiah generasi akan dtg. Yg ada skrg teruk sgt2. So i mmg xsetuju beranak byk2 ni lps tu sumbat ank dgn telepon, bg ank bebas keluar tgh2 mlm etc. Cuba tanam dlm kepala kualiti better than kuantiti |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosevelvet at 18-11-2019 09:31 PM
kucingitam replied at 18-11-2019 11:23 AM
mungkin dah tiba masanya rakyat malaysia merancang dalam berkeluarga.
nak tambah anak, kena fikir ...
My fren dah beli vellfire utk cater anak 6. Age 2-12 y/o. Yg kecik 2 org umur 3 n 2 thn. Kalau ltk car seat 2 kt depan, yg 4 lg nk sumbat blkg ke |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam announce ke. Da berbulan kot. Malaysian. Macam2 alasan. Bagi je la subsidi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|