CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12296|Reply: 48

Kerjasama Pereka Fesyen- Artis Malaysia, Siapa Yang Paling 'Menjadi' Dan 'Ngam'?

[Copy link]
Post time 3-12-2019 10:39 AM | Show all posts |Read mode









Kerjasama antara selebriti  dengan pereka fesyen  sememangnya sangat penting demi mencipta  penampilan yang ikonik dan menyerlah setiap kali seseorang artis tampil membuat persembahan mahupun ketika menghadiri sesuatu acara seperti majlis anugerah.




Audrey Hepburn dan Hubert de Givenchy Foto - Google





Seperti mana kerjasama antara  pereka fesyen Hubert de Givenchy dan ikon fesyen 60-an, Audrey Hepburn dalam melahirkan pelbagai busana ikonik melalui filem seperti Breakfast at Tiffany's, industri hiburan tanah air turut menyaksikan kerjasama serupa berikutan beberapa selebriti dan pereka fesyen tempatan   telah pun  menjalin kerjasama fesyen  sejak bertahun lama.




Malah sesetengah  artis tanah air  mempunyai stail skuad  sendiri  terdiri daripada pereka fesyen, penata gaya dan jurusolek yang bertangungjawab mencipta penampilan selebriti itu agar sentiasa   tampil bergaya.


Oleh itu, mari kita saksikan kerjasama antara pereka fesyen dan selebriti berikut. Sesetengah kerjasama berjaya menghasilkan gaya dan penampilan yang cukup ikonik dan diingati sepanjang zaman.







Dato' Sri Siti Nurhaliza: Michael Ong, Rizman Ruzaini, Radzuan Radziwil  & Fizi Woo


Siti Nurhaliza dalam persalinan RR Foto- Google





Statusnya sebagai penyanyi nombor satu negara membolehkan Siti Nurhaliza bereksperimen dengan ramai pereka fesyen terkemuka tanah air.



Di awal kemunculannya, Siti sering menyarung busana oleh pereka fesyen Michael Ong dan Radzuan Radziwil.


Zaman kemuncak kariernya adalah sewaktu Siti melangsungkan konsert di Royal Albert Hall, London. Siti memilih pelbagai busana tradisional seperti dres dan kurung moden yang diberikan sentuhan moden oleh pereka fesyen Michael Ong dan Radzuan Radziwil untuk konsert sulungnya di luar negara.   Hasilnya, Siti kelihatan cukup anggun dan bergaya namun masih kekal dengan inilai-nilai ketimuran.




Dres Siti nurhaliza oleh Radzuan Radziwil untuk konsert di London Foto- Budiey.com








Di hari  perkahwinannya, Siti turut menggayakan busana oleh Radzuan Radziwil sewaktu majlis akad nikah dan   majlis  persandingan. Gaun rona pink ala fairytale rekaan Mchael Ong yang dipakainya sewaktu sesi memotong kek akan kekal ikonik dan diingati.





Gaun pink oleh Michael Ong yang dipakai Siti di hari perkahwinannya Foto- Google














Selain itu, Siti pernah  bekerjasama dengan pereka fesyen antarabangsa Bernard Chandran sewaktu menghadiri karpet merah Anugerah Grammys pada tahun 2007.




Siti Nurhaliza di Anugerah Grammys 2007- Foto- Google






Setelah berhijab, Siti nampaknya lebih selesa untuk bekerjasama dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini. Kerjasamanya dengan Rizman Ruzaini boleh dikatakan sebagai  "hit and miss".



Terdapat sesetengah rekaan pereka fesyen tersebut kelihatan janggal dan membosankan pada Siti kerana pereka tersebut kerap menggunakan signature design mereka iaitu gaun dengan skirt bertingkat yang dihiasi dengan batu permata  yang menyebabkan penampilan Siti nampak sarat.



Siti di red  carpet ABPH dalam busana RR Foto- Google




Namun, pereka tersebut masih  berjaya menghasilkan beberapa busana ikonik untuk Siti. Contohnya persalinan Puteri Perak yang dipakainya sewaktu konsert Siti Nurhaliza on Tour di Singapura Mac Lalu. Sayangnya, pereka tersebut kerap mengitar semula idea rekaan busana pentas penyanyi tersebut   terutama untuk konsert jelajah Siti.


Persalinan Puteri Perak oleh RR cukup ikonik dengan Siti Foto- Google







Konsep busana tradisional Puteri Perak pasti diulang  pakai dalam setiap konsert jelajah cuma diolah dalam warna dan jenis fabrik yang berbeza. Malah, kerjasama Siti dengan Rizman Ruzaini turut mendapat kritikan dari SitiZoners yang mahukan kelainan dalam busana pentas penyanyi kesayangan mereka terutama untuk konsert berskala besar seperti Konsert Siti nurhaliza On Tour.

Mujurlah sewaktu Konsert jelajah Siti Nurhaliza yang berlangsung Mac lalu di Axiata Arena,  penampilan busana  pentasnya tidak mengecewakan.  Siti telah bekerjasama dengan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo bagi menyediakan busana pentas sepanjang  konsert tersebut.



Siti memakai t
ulle ball gown berwarna merah oleh Fizi Woo Foto-
Google
















Ternyata Fizi Woo berjaya memenghasilkan busana pentas yang mempuyai kesan “wow” apabila Siti muncul dengan memakai tulle ball gown berwarna merah yang disulam dengan bait-baik lirk lagu popular penyanyi tersebut. Diharapkan Siti lebih kerap bekerjasama dengan Fizi Woo di masa hadapan.




Siti Nurhaliza dalam busana Fizi Woo di AIM 21- Foto- Instagram @ctdk














Nur Fazura: Rizman Ruzaini



Sebut sahaja nama Fazura tentu ramai yang akan terbayangkan busana dan penampilan bergaya selebriti tersebut setiap kali menghadiri acara karpet merah dan majis anugerah. Fazura sering menggunakan khidmat pereka fesyen duo Rizman Ruzaini yang juga merupakan sahabat baiknya.



Fazura dalam busana RR di ABPH 30 Foto-Google



Fazura dalam busana RR  dengan draping dramatik di ABPH31 Foto- Google












Antara rekaan Rizman Ruzaini yang cukup bergaya dan ikonik adalah gaun biru muda terinspirasi daripada watak Cinderella yang digayakan Fazura ketika menghadiri ABPH ke-30 dan gaun kuning lemon  dengan hiasan draping dramatik yang digayakannya  sewaktu menghadiri ABPH  ke-31.


Gaun pengantin  Fazura oleh RR Foto- mstar







Gaun pengantin Fazura bertemakan fairy tale rekaan Rizman Ruzaini yang dihiasi veil indah juga akan kekal diingati sebagai antara gaun pengantin selebriti terbaik sebaris dengan gaun pengantin Yuna, Anzalna dan Izara Aishah.




Fazura sendiri merupakan muse kepada pereka duo ini. Maka tidak hairanlah Fazura sering menggayakan rekaan RR yang lebih eksklusif dan tidak pernah digayakan selebriti lain dalam acara tertentu.



Dayang Nurfaizah: Rizalman



Penampilan pentas Dayang yang sering mempesona hasil sentuhan Rizalman Foto-Google






Persahabatan penyanyi Dayang Nurfaizah dan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sudah menjangkau usia 20 tahun. Malah pereka fesyen terkenal itu  mengumumkan bahawa penyanyi tersebut telah dipilih sebagai muse bagi rekaan Rizalman for Zalora 2020.





Peminat penyanyi ini berpeluang untuk menyaksikan kerjasama mereka berdua dalam Konsert Kesuma Jiwa yang bakal  berlangsung pada 20 Februari tahun hadapan di Istana Budaya. Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan kejutan dan penampilan Dayang di konsert itu yang tentunya akan mendapat sentuhan magis Rizalman.




Dayang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Rizalman untuk mereka setiap busana pentas yang digayakannya di Anugerah Juara Lagu dan Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya tempoh hari. Hasilnya busana pentas Dayang sering kelihatan mahal & ikonik.


Penampilan pentas  Dayang oleh Rizalman untuk konsert dua dekad Foto- Gempak.com







Setakat ini, busana pentas yang disediakan Rizalman tidak pernah mengecewakan malah membuatkan Dayang kelihatan seperti mega superstar setiap kali beraksi di atas pentas.







Pendek kata, seorang selebriti perlulah menitik beratkan soal penampilan mereka untuk kekal relevan dalam idustri. Kerjasama yang mantap antara selebriti dan pereka fesyen  penting dalam mencipta imej million bucks dan eksklusif  tatkala tampil beraksi  di khalayak ramai. - CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2019 10:51 AM | Show all posts
i suka fazura-rizman&ruzaini. Selalu menjadi je. r&r punya design ni sekali pandang mesti dah tahu dia yang reka. tapi kekadang bosan gak design diorang ni. perincian batu bling bling tu mcm wajib ada kat setiap rekaan dia. LAgi satu baju puteri perak siti nurhaliza tu pun i suka. Sekarang nampak mcam ramai pengantin dah mula pakai persalinan puteri perak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Neelofa+marcjacob
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Fazura tu tt up yg cantik je . Tp ada gak yg buruk  paling xsuka klu fazura pakai skirt kanak kanak ribena paras lutut pastu lengan pendek atas siku mcm ah so. Klu nk pendek biar pendek betul. Klu lanjang biar lebih dr siku. Pastu mesti leher bulat je. Fazura kerap sgt pakai gaun mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2019 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
SayaSayangMama replied at 3-12-2019 03:12 AM
Fazura tu tt up yg cantik je . Tp ada gak yg buruk  paling xsuka klu fazura pakai skirt kanak kanak  ...

Xvsuka gak skirttkembang tu.tipikal RR punye design.yg ikonik cuma gaun biru & kuning kat atas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Fazura + Rizman Ruzaini. Selalu cantik je, ade la sekali sekala cm kureng, contohnye lengan terlalu pendek sampai pelik. Tapi overall cantik, tak overdress mcm badut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju nandung/rizalman tu mcm x payah jahit. Lilit2  kmudian terus pin  je
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
buruk gaun pink ctdk masa kawin. mcm bentuk tuttttttt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2019 11:47 AM | Show all posts
dayang+rizalman ni jarang ade baju yg simple.. mostly baju nye nmpk gah+over skit pd pdpt iols..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
baju fazz yg biru nampak tersangatlah lawa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat baju biru fazura tu, gaun perantin tokti tu takde la lawa sangat......
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 11:56 AM | Show all posts
fazz xRR dan DayangxTok Riz.. mmg cantik dan sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
opkos rr n kaka faz i...kikikiki...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah rasa gaun kawin tokti tu cantik
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 01:33 PM | Show all posts
Gaun biru Fazura untuk ABPBH tu memang cantik sangat. Tapi setuju ya komen forumer, kadang-kadang panjang lengan gaun Fazura nampak awkward sangat especially gaun sanding dia tu. Panjang lengan should be di 3-4 inci atas siku atau 3-4 inci lepas siku.

Dayang in Rizalman, gaun pelik macam mana sekalipun, aku tetap rasa Dayang boleg carry dengan class .
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 01:59 PM | Show all posts
blue^panther replied at 3-12-2019 11:54 AM
Suka sangat baju biru fazura tu, gaun perantin tokti tu takde la lawa sangat......

setujuk
pada iols nampak x lawa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Designer tempatan lebih sesuai dgn artis msia. Kalau foreigner especially mat salleh mcm x kena jer mayb sbb artis kita cannot carry the look.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 3-12-2019 07:19 PM

Ada satu lagilah busana ikonik tt terlupa. Busana Yunalis Zarai di AIM19. Cuma kita tak pasti adakah ini satu sahaja kolaborasi Yuna dan Hatta Dolmat. Suka sangat tengok. Bagai bintang bertaburan

Sumber imej: BeautifulNara

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2019 04:01 PM | Show all posts
gaun kawen toktik mmg x cantik,,,pada pandangan mata joy la...
xde yg wow..biaser2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2019 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 3-12-2019 06:50 AM
Ada satu lagilah busana ikonik tt terlupa. Busana Yunalis Zarai di AIM19. Cuma kita tak pasti adakah ...

Terlepas pandang awak. yes setuju.yg ni mmg ngam dgn yuna. Kelebihan yuna sebbab body frame die tinggi& slender.so dress camni mmg cun dgn die. I believe this is hatta dolmat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 2.665648 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list