Gempar apabila seorang pramugari telah mendedahkan perbuatan suami kepada pelakon Farah Nabilah, Mohammed Amirul Yunus yang telah mencederakan dirinya sehingga cacat.
Menurut pramugari wanita bernama Bie Ismail itu, dia mendedahkan perbuatan Amirul bukanlah untuk mendapat perhatian atau meraih simpati. Dia mengakui sedikit terkilan dengan sikap suami Farah yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar selepas mencederakan dirinya.
Menurut wanita tersebut, Amirul didakwa secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan, Pahang pada 13 November yang lalu.
Kredit foto : Instagram Bie.Ismail
Namun ketika pendedahan itu dibuat, Bie tidak mengetahui status Amirul yang sudah bergelar suami kepada Farah Nabilah. Dia ternyata terkejut apabila luahannya di media sosial menjadi tular dan kecoh.
Ketika ditemui mStar, Bie berkata dia tidak mempunyai niat untuk mencari perhatian atau meraih simpati mana-mana pihak kerana sudah berkongsi mengenai perkara itu sejak bulan lalu.
Kredit foto : Instagram Bie. Ismail
"Tak sangka ianya tular, sebab ketika kejadian itu berlaku saya tak tahu Amirul akan berkahwin dengan seorang selebriti."
"Saya hanya meluahkan perasaan saja di IG sebab terkilan dengan sikap Amirul yang langsung tak bertanya khabar saya selepas kejadian itu, " ujarnya kepada mStar.
Mengimbas kembali, seorang individu telah mendedahkan di twitter bahawa Amirul adalah juruterbang yang didakwa menutup pintu van sehingga jari rakannya tersepit sehingga mengalami kecederaan serius.
Manakala di instagram Bie pulak, dia memuatnaik instastory mengatakan bahawa kemalangan itu telah menyebabkan dia tidak dapat bertugas selama lebih 2 bulan disebabkan oleh urat jarinya koyak dan kuku telah rosak.
Bie juga bertegas menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh dia sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap Amirul.
"Saya tidaklah meminta duit atau bertanggungjawab sepenuhnya namun kecewa kerana dia seperti tiada common sense atas apa yang terjadi kepada saya," katanya lagi kepada mStar.
Wanita tersebut juga telah 'lock' akaun media sosial nya selepas perkara ini menjadi tular.
Sebelum ini, Farah Nabilah dan Amirul telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 20 Disember lalu dan masih menjadi perbualan netizen apabila Farah Nabilah segak menggayakan busana ringkas rekaan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim serta amaun hantaran unik bernilai RM77,777.77. - CARI
|