Kredit Foto - Sukan Star TV
Menerusi video yang tular di laman sosial, seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kirinya sedang bergerak.
Selepas melambung akibat merempuh Perodua Alza, penunggang berkenaan tiba-tiba berdiri dan terus membuka langkah silat. Memang rare!
Lelaki itu kemudian memegang kakinya bagi menahan kesakitan sebelum membuka langkah silat sekali lagi di tepi laluan berkenaan.
Dalam video itu, kelihatan dua penunggang motosikal lain kemudian berhenti dan membantu mangsa.
Menjengah ruang komen rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi berbeza terhadap insiden berkenaan.
Kredit Foto - Sukan Star TV
Bukan selalu dapat lihat orang bersilat selepas terbabit kemalangan.
Apapun, langgar lampu itu adalah satu kesalahan jalan raya yang serius. Jangan buat, okey! - CARI |