"Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun sekali je dpt ganti, gi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan, duit belanja pun kadang2 yilek."
Itu penjelasan selebriti Abby Abadi pada gambar anak-anaknya Danish, 16, Marissa, 14 dan Maria 11 yang lengkap berpakaian sekolah swasta.
Menceritakan kesusahan hidupnya satu ketika dahulu hinggakan tidak bertukar baju sekolah walaupun bertahun-tahun serta meminjam baju sukan rakan-rakan sungguh menginsafkannya. Oleh itu, kali ini dengan rezeki yang ada, Abby mahukan anak-anaknya menikmati hidup yang lebih sempurna walaupun perlu berhabis ribuan ringgit untuk belajar di sekolah terbaik.
Abby Abadi
Bagi Abby sendiri, dia dan abah mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak, jadi pendidikan serta akhlak perlu seiring. Berkenaan yuran pembelajaran pula, mereka akan berusaha menyediakan yang terbaik kepada semua demi masa depan yang lebih gemilang.
"InshaAllah Mama Abah usahakan sehabis baik untuk anak-anak mama. Belakang-belakang tabir biarlah jadi rahsia. Doakan cukup rezeki Allah bagi kat mama abah untuk bagi yang terhebat pada anak-anak ini ya."
Abby juga berpesan kepada ketiga-tiga anak mereka untuk menggunakan peluang yang ada ini demi menuntut ilmu dunia dan akhirat.
IG
Melihat pada sekolah swasta yang dimaksudkan Abby pula, memang sekolah ini menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajarnya. Manakala yuran persekolahan pula mencecah RM1,400 sebulan untuk peringkat menengah dan RM1,280 untuk peringkat rendah.
Website
Baguslah Abby, sanggup berhabisan demi mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Apa salahnya kalau mampu, ya tak?- CARI
|