View: 4981|Reply: 26
|
Lelaki Gila Seks Curi Berpuluh Pakaian Dalam Wanita, Sarungkan Pada Bantal
[Copy link]
|
|
Lelaki bujang berusia 51 tahun ditahan selepas melarikan 10 seluar dalam milik seorang suri rumah.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di sebuah taman perumahan di Kelemak, Alor Gajah.
Berikutan menerima laporan dibuat mangsa, 31, polis menahan suspek yang dipercayai kemaruk seks dan gemar mencuri pakaian dalam wanita itu pada malam Selasa lalu.
Kredit foto: BH Online/PDRM
Mangsa yang mengalami perkara sama pada 6 Februari lalu mendakwa menyedari kehilangan pakaian dalamnya yang direndam di dalam mesin basuh di belakang rumahnya ketika ingin membasuh pakaian jam 7.40 pagi itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, mangsa mendakwa kehilangan pakaian dalam itu sudah berlaku sejak November tahun lalu.
“Mangsa kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang dipasangnya di belakang rumah. Suspek dilihat masuk ke belakang rumah dengan memanjat pagar sebelum menyelongkar mesin basuh.
“Mangsa membawa pita rakaman berkenaan ke IPD semasa membuat laporan polis,” katanya.
Tambahnya, lelaki terbabit ditahan di sebuah rumah di taman sama pada 9.30 malam, kelmarin.
Apabila diperiksa, polis menemui 10 seluar dalam wanita pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM150. Malah, pemeriksaan turut menemui 30 pakaian dalam wanita yang dipercayai milik wanita lain.
Lebih menjijikkan, polis menemui bantal yang disarung dengan pakaian dalam terbabit.
Suspek juga didapati memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana pecah rumah dan melakukan ugutan jenayah.
Manakala, ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine selain dipercayai terbabit dua kes liwat di Gombak sebelum ini yang masih belum dibicarakan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Manakala, ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine selain dipercayai terbabit dua kes liwat di Gombak sebelum ini yang masih belum dibicarakan.
dah kata, bahan2 psikoaktif ni tidak baik untuk kesihatan mental, kenapa halalkan bahan psikoaktif tetapi haramkan penggunaan plastik untuk bawa barang yang dibeli? |
|
|
|
|
|
|
|
bagi yang tak tahu, inilah yang dipanggil Pillow Humper, singkatannya PH, tiada kena mengena dengan mana2 pakatan politik di mana2 negara, tidak perlu GALAU |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak dokek bona dongan kampung den ni ha |
|
|
|
|
|
|
|
tak tebuk pulak lubang kat bantal tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Umor 51 ke 31?....
Selalu yg buat keeja mcm ni...bujang terlajak....dulu time laris, tanak kawin....bila dah terlajak, mula emo....dpt cium suar dlm pun heaven sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
anak teruna sapa yang bermasalah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
JohnnyLever: dah kata, bahan2 psikoaktif ni tidak baik untuk kesihatan mental, kenapa halalkan bahan psikoaktif tetapi haramkan penggunaan plastik untuk bawa baran ...
betul tu. iolls pon rengsa pi supermarket plastik nipis satu dua kupang.naya. kimak tol diorg ni kan len kali buat la paperbag ala ala oversea xde la sakit hati sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by JohnnyLever at 20-2-2020 07:38 PM
kondom boleh jual, arak boleh jual, tapi plastik untuk memudahkan orang2 membawa barang yang dibeli kena jual sampai 20 sen, kesian pada warga emas dan mereka yang tidak mempunyai kenderaan kena menaiki kenderaan awam seperti bas. Tak faham dengan konsep menyelamatkan planet ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 20-2-2020 07:12 PM
Umor 51 ke 31?....
Selalu yg buat keeja mcm ni...bujang terlajak....dulu time laris, tanak kawin. ...
pacit psycho tu 51, suri rumah yg buat report tu 31.....hot sgt ke suri rumah tu sampai berpuluh coli & seluar katak kena rembat?.. mesti pacit tu imagine body mangsa kt bantal yg dia sarung tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
rumah sewa kakak iol kat area serdang dulu selalu laaaa hilang baju dalam seluar dalam. Ampaian jauh dari pagar pun dapat dikaitnya. Pakai kait buah rambutan agaknya. Kalau dapat kat bapak iol patah riuk kena cepuk. Tapi ke sudah taktau sapa |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 20-2-2020 07:12 PM
Umor 51 ke 31?....
Selalu yg buat keeja mcm ni...bujang terlajak....dulu time laris, tanak kawin. ...
Memang bujang terlajak tu dh 51..yg 31 tu mangsanya... |
|
|
|
|
|
|
|
JohnnyLever replied at 20-2-2020 07:36 PM
kondom boleh jual, arak boleh jual, tapi plastik untuk memudahkan orang2 membawa barang yang dibel ...
Lg xphm bila dkt plastic bag tu tulis “biodegradeable” tp cas 20 sen??? |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki macam ni patut disumbat dalam penjara sampai mereput |
|
|
|
|
|
|
|
gross!!
ingat bra & panties tu murah ke
ko nak curi2 sarung kat bantal |
|
|
|
|
|
|
|
ada kes liwat pun masih bebas kat luar lagi |
|
|
|
|
|
|
|
biodegradable plastik adalah mitos wahai kawanku, boleh baca mengenainya melalui carian bacaan di google, aku harap kerajaan kembali kepada ajaran sains yang sebenar dan fahami apa itu maksud biodegradable, jangan jadi seperti golongan saintifik di dalam forum ini yang mereka sendiri tak mampu beza fakta dan teori sains, itu yang evolusi dan graviton pun mereka percaya walau tidak nampak, syarikat siapa lah ya yang berniaga manufacture plastik kononnya biodegradable ini, itu hari kata dah jumpa bakteria boleh makan plastik, tapi masih sehingga kini senyap, aku masih menunggu. atau itu juga mitos dalam warga saintifik? |
|
|
|
|
|
|
| |
|