"Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman."
Demikian pengakuan aktres Intan Najuwa, sekali gus menjawab teka-teki orang ramai mengenai status hubungannya dengan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli.
Kredit foto: IG
Tidak mahu bekas tunangnya terus-menerus terpalit dengan kontroversi dalam industri seni, Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, memutuskan untuk membuat pendedahan itu.
"Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.
"Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan," katanya kepada mStar Online.
Intan berharap semua pihak memahami keputusan diambil dan tidak sewenangnya menjatuhkan hukuman atas apa yang berlaku.
Sebelum ini, Razrul menafikan hubungan mereka sudah berakhir.
Kredit foto: YOY NETWORK
Menjelaskan keputusannya membuat pendedahan itu, Intan berkata, dia mahu membersihkan nama mereka selain menjelaskan situasi sebenar hubungan mereka sebelum ini.
"Saya harap semua orang faham dan tak judge dengan apa yang terjadi.
"Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya," ujarnya.
Adakah kontroversi demi kontroversi yang membabitkan gambar mesranya dengan beberapa aktor sebelum ini menjadi punca perpisahan itu? - CARI |