Berita penangkapan bekas bintang bola sepak dunia Ronaldinho di Paraguay mengejutkan ramai pihak.
Ronaldinho ditangkap pihak berkuasa tempatan selepas disyaki menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara itu bersama abang kandung dan pengurusnya.
Kredit foto: Twitter
Ronaldinho bergelar pemain bola sepak profesional sehingga 2015, namun dia kini masih menjadi ikon popular bola sepak global. Kehadiran Ronaldinho di Paraguay dilaporkan adalah atas jemputan seorang pemilik kasino tempatan untuk tujuan amal.
Mengikut perundangan, rakyat Brazil sebenarnya tidak memerlukan pasport untuk memasuki Paraguay. Tidak dapat dipastikan mengapa Ronaldinho memiliki dokumen palsu tersebut ketika serbuan dan pemeriksaan dilakukan.
Kredit foto: Insertlive
Khabarnya, peluang Ronaldinho untuk kembali ke negara asalnya dilihat semakin tipis kerana mahkamah Paraguay tidak membenarkan ikat jamin dan menolak rayuannya untuk tahanan rumah.
Ronaldinho berkemungkinan terpaksa ditahan di penjara untuk tempoh enam bulan seterusnya atau sekurang-kurangnya sehingga perbicaraan selesai.
Usai ditahan di penjara Asuncion, gambar-gambar beliau di penjara mula bertebaran di Internet. Maklumlah, pemain bola sepak terkenal, kan.
Kredit foto: Twitter
Agak menyedihkan juga apa bila melihat keadaan penjara negara itu. Macam dalam siri televisyen, Prison Break Musim Ketiga pula.
Tapi, sempat juga Ronaldinho melayan peminat di sana. Santai saja, kan?
Apa-apapun, semoga Ronaldinho dibebaskan tidak lama lagi dan terus melemparkan senyuman manisnya itu. - CARI
|