Beg Rekaan Arnold Putra Daripada Tulang Manusia
Kredit foto: Instagram arnoldputragallery
Memetik laporan Insider, pereka fesyen Indonesia, Arnold Putra membuat kerja 'gila' dengan mereka beg tangan yang tangkainya diperbuat daripada tulang belakang manusia.
Menerusi Instagram yang memaparkan hasil rekaannya, Arnold memperincikan tentang jenis tulang yang digunakan untuk menghasilkan tangkai beg berkenaan iaitu dengan menggunakan tulang kanak-kanak yang mengalami osteoporosis.
Bukan itu sahaja, Arnold juga mendakwa menggunakan kulit manusia albino dalam koleksi pakaian terbarunya. Katanya, dia mendapatkan bahan (tulang dan kulit manusia) berkenaan secara sah daripada 'lebihan' stok perubatan dari Kanada.
Instastory Arnold Putra Mengatakan Koleksi Begnya Dibuat Dari Tulang Dan Kulit Manusia
Kredit foto: Insider
Beg itu dijual pada harga ASD5,000 (RM21,836) dan ia mula dijual pada 2016. Ketika itu, tiada siapa yang memberi perhatian tetapi kehadiran beg ini mula disedari dan menjadi kecoh apabila seorang pelajar seni memuat naik gambar beg itu di Twitternya ia sebelum menjadi tular.
Insider juga melaporkan bahawa tangkai beg itu telah disahkan sebagai tulang manusia oleh pakar tulang.
Apabila koleksi rekaan begnya ini diketahui, ia bukannya mendapat pujian sebaliknya kecaman yang hebat daripada netizen serta penggemar fesyen tempatan serta antarabangsa. Rata-ratanya menyifatkan tindakan Arnold itu sebagai 'hilang akal'.
Kritikan Netizen Pada Arnold Putra.
Kredit foto: Instagram arnoldputra
Arnold Putra dikenali sebagai seorang yang kaya raya dan menjalani kehidupan serba mewah serta gemar melancong ke destinasi eksotik.
Pada 2017, dia mendapat gelaran salah seorang 'Rich Kids of Instagram' dan Tatler Indonesia menamakannya sebagai seorang yang mempunyai koleksi kereta paling banyak di Indonesia.
Berapa buah beg ini yang telah berjaya dijual agaknya? Rasanya kalau dapat percuma pun, tidak semua orang bersedia menyimpan beg yang menyeramkan ini. - CARI
|