Minggu ini memang panas dengan isu baju raya bermula dengan video klip artistik, kemudiannya merosakkan pokok kerajaan serta baju berharga 'firaun' dari butik berjenama mewah.
Terbaharu, sekali lagi jenama tudung mewah dikecam warganet kerana menyediakan bayaran ansuran kepada para pembelinya. Isu menjadi lebih panas apabila ia membabitkan usahawan Vivy Yusof yang diketahui 'berperang' dengan warganet.
Kredit foto: Twitter
Menurut pemuda ini, bayaran ansuran yang dikenakan kepada para pembeli adalah langsung tidak munasabah. Harga sehelai tudung jenama dUCk ini sudahlah mahal, tetapi disebabkan ingin memakainya, maka ada alternatif disediakan iaitu ansuran.
Lebih aneh apabila ramai pula yang mengambil kesempatan untuk membelinya walaupun ternyata baju raya bukannya satu keperluan!
Kredit foto: FashionValet
Oleh itu, ramai warganet mengecam tindakan Vivy dan juga bakal pembelinya. Maklumlah, jika tidak mampu membeli secara tunai, bermakna anda belum ada duit secukupnya untuk membazir ke arah barangan bukan keperluan.
Twitter
Bagaimanapun, ada juga warganet menjelaskan bahawa bukan produk Vivy sahaja yang boleh dibayar secara ansuran, namun produk jenama lain juga menawarkan kaedah pembayaran sama.
Dah, kenapa nak salahkan dUCk sahaja?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: FashionValet
Namun, ianya dibalas kembali oleh rata-rata warganet yang menyifatkan sikap pembeli juga antara punca butik mengambil kesempatan.
Kredit foto: Twitter
Apapun, ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu, banyak lagi jenama lain yang sesuai dengan bajet kita, ataupun beli sahaja yang tiada jenama. Asalkan kena di tubuh kita, kan? - CARI
|