Pelakon Lufya Omar dikecam warganet prihatin gara-gara membawa anak keluar ke tempat awam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kredit foto: Gempak/IG Lufya
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Lufya menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya, Laana Haura mencari barang keperluan dan baju raya kerana tiada siapa boleh menjaganya di rumah.
Berikutan itu, seorang warganet dengan nama akaun Rosdah Hasan tampil menegur tindakan Lufya yang disifatkannya mendedahkan anak kepada risiko jangkitan Covid-19 walaupun sudah memakai alat perlindungan diri.
"Kenapalah dibawa anak tu keluar. Perdana Menteri (PM) kita dah bagi kelonggaran keluar bukan untuk merisikokan anak.
"Walau dah pakai macam-macam alat perlindungan diri, tapi kalau nasib tak baik, takut terkena juga," komen individu terbabit.
Tidak berdiam diri, Lufya kemudian menempelak komen ditingalkan individu terbabit.
Katanya, dia terpaksa membawa Haura untuk membeli puting botol yang sudah pecah dan lampin yang kehabisan stok kerana tiada orang boleh menjaganya di rumah.
Kredit foto: IG Lufya
"Nak kena hantar kat rumah Rosdah ke?" sindirnya.
Bagaimanapun, Lufya kemudian mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan warga maya. - CARI |