Kredit foto : Instagram Diana Danielle
"Saya rasa ada empat sahaja memori dengan ayah dan saya akan pegang memori tu sampai saya mati."
Pelakon Diana Danielle berkata demikian ketika berkongsi mengenai bapanya yang menghilangkan diri secara tiba-tiba.
"Kami dulu selalu main dekat pantai. Lepas tu, dia selalu buat-buat baring macam dia dah tak ada. Jadi, saya lari dekat dia dan panggil daddy! daddy! bangun, wake up.
"Selepas itu, dia juga pernah ajar saya macam mana nak ikat rambut, nak ikat tali kasut dan ada memori yang dia pesan piza banyak-banyak dan hanya saya dan dia sahaja yang habiskan berkotak-kotak piza itu.
"Saya akan ingat betapa banyaknya kasih sayang dia curahkan pada saya walaupun sementara, tapi saya tahu dia sayang saya. Daripada situ saya bawa sayang dia tu sampai saya jumpa Farid," kongsinya dalam rancangan Astro, Rumah 107.
Kredit foto : Instagram Diana Danielle
Pernah menjelaskan mengenai status bapanya di laman Instagram hampir setahun yang lalu, Diana berkata bapanya, Danny Beeson menghilangkan diri secara tiba-tiba dan walaupun dia tahu di mana bapanya berada, mereka tidak pernah berjumpa kerana bapanya menolak untuk berjumpa dengannya.
"Bukan saya yang tak nak dear, dia yang tak nak," jawabnya kepada peminat yang bertanya. - CARI |