Penyanyi Neeta Manisha terkilan apabila ada pihak membandingkan keupayaannya berbahasa Melayu dengan YouTuber masakan popular S Pavithra.
Kredit foto: IG Neeta
"Saya cakap bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Ada orang komen dan suruh saya cakap bahasa Melayu sebab saya duduk dekat Malaysia.
"Saya bengang apabila ada orang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau.
"Bagi saya, anda tak boleh bandingkan dua orang yang berbeza. Memang Pavithra lebih fasih daripada saya," katanya kepada mStar.
Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya tidak masuk akal.
Mana tidaknya, banyak juga lagu Melayu pernah dinyanyikannya.
Kredit foto: Twitter
"Saya pun nak juga fasih bercakap bahasa Melayu macam dia, tapi dah tak syok la apabila orang bandingkan kami padahal selama ni saya dah menyanyi sepuluh lagu dalam bahasa Melayu.
"Saya seronok masa jalani penggambaran rakaman program itu, tapi apabila orang fokus pada bahasa yang saya gunakan berbanding perisian program... saya jadi bitter.
"Tapi saya pun tak salahkan Pavithra sebab saya minat sangat dengan dia. Saya doakan yang terbaik saja untuk dia," ujarnya.
Kredit foto: IG Razzi Musa
Bagaimanapun, Neeta akui semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu tahu bahasa Melayu walaupun tidak fasih. - CARI |