Sayuran bayam Brazil mula dikenali sejak tahun lepas dan makin trending sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac baru-baru ini.
Terbaharu, dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, nama bayam Brazil disebut-sebut kembali, tetapi dalam versi yang lagi rangup iaitu kerepek Bayam Brazil.
Foto : FB
Jadi, siapa yang biasa makan bayam Brazil sebagai ulam-ulaman, boleh cuba buat kerepek sebagai kudapan. Boleh dimakan sambil melayan televisyen atau media sosial.
Foto : FB
Resepi ini dikongsikan oleh Facebook Menu dari moyangku.
Kerepek bayam Brazil
1 peket tepung beras
2 cawan tepung ubi
Bahan kisar
6 biji cili kering
2 labu bawang putih
1 cawan bilis / udang
Buah pala
1 sudu jintan halus
3 sudu ketumbar
2 biji telur gred B
Bahan lain
1 sudu air kapur masak
Sebiji kelapa untuk santan
Daun kari @ daun limau purut (potong halus)
Cara membuatnya
Foto :fB
1) Campur kan bahan kisar ke dalam tepung, gaul sebati.
Foto : FB
2) Masukkan juga santan, kapur masak dan daun kari, gaul sebati.
Foto : FB
3) Panaskan minyak, celup daun bayam brazil ke dalam tepung bancuhan goreng.
Foto : FB
Petua
- Kalau terlalu cair boleh tambah tepung ubi kayu dan jika pekat, tambahkan santan.
- Setiap kali mengoreng, kacau-kacau tepung supaya tidak mendak ke bawah.
Kalau malas nak campur semua bahan, campur tepung pun dah cukup.
.
Foto : FB
Macam mana? Rajin tak nak membuatnya? - CARI |