Sakit hati pasangan curang di belakangnya, pengantin perempuan enggan melangkah masuk ke gereja dan membatalkan perkahwinannya di saat akhir.
Memetik laporan Daily Star, pengantin wanita itu mengetahui kecurangan pasangannya ketika dalam perjalanan ke gereja di Garki, Abuja di Nigeria, minggu lepas.
Kredit foto: Daily Star/Newsflash
Pengantin lelaki dituduh tidur dengan kawan baik pengantin perempuan yang juga sepatutnya menjadi pengapit pada hari bersejarah itu.
Rakaman kejadian menunjukkan wanita lengkap bergaun pengantin itu keluar dari kereta dalam keadaan marah dan enggan masuk ke gereja di mana majlis perkahwinan sepatutnya dilangsungkan.
Nekad membatalkan majlis perkahwinannya, wanita itu berjalan meninggalkan lokasi berkenaan.
Kelihatan lelaki bersut hitam mengejarnya sambil berkata "Tolonglah dengar penjelasan saya..."
Namun, kedengaran wanita itu menegah lelaki terbabit daripada menyentuhnya.
Kekecohan itu membuat tetamu keluar dari gereja dan mula merakam 'drama' pasangan terbabit.
Menurut laman berita GhPage, keluarga pengantin lelaki gagal memujuk pasangannya meneruskan majlis. - CARI |