Aniq Suhair cedera ringan pada bahagian anggota badan selepas terlibat dalam kemalangan semasa menjalani penggambaran.
Kredit foto: IG
Kata pelakon yang baru nak meningkat naik ini, dalam kejadian dia sedang menjayakan satu babak aksi.
Malangnya dia terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya.
Kredit foto: mStar Online
"Ikutkan babak kenderaan dua roda kami hampir bertembung satu sama lain dan kami perlu tergolek di atas jalan.
"Disebabkan terlalu teruja saya buat extra stunt supaya nampak real, mujurlah semasa itu motor tak terlalu laju.
"Tak ada kecederaan parah, saya baik-baik sahaja," katanya kepada mStar Online.
Kredit foto: mStar Online
Sebelumnya bekas peserta Hero Remaja itu berkongsi mengenai kecederaan tersebut melalui Insta Story.
"Saya tak kisah pun luka-luka. Apa yang penting shot cantik dan semua pihak berpuas hati dengan hasil lakonan saya.
"Walau cedera tapi saya suka kerana ini adalah babak aksi pertama dalam karier lakonan saya. Tak sabar nak buat pelbagai lagi babak aksi lain," tambahnya.
Kata pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini, dah lama dia nak berlakon drama atau filem aksi.
"Sebelum ini saya pernah menyertai sukan seni bela diri, sekurang-kurangnya ilmu saya belajar dulu boleh digunapakai dalam karier lakonan selepas ini." -CARI
|