View: 4604|Reply: 24
|
'Batak' Follower, Tergamak Buat Live Kekasih Mati
[Copy link]
|
|
Ghairah mahukan jumlah tontonan, seorang YouTuber Rusia tergamak melakukan penstriman langsung ketika teman wanitanya yang hamil meninggal dunia akibat hipotermia.
Toronto Sun yang memetik Daily Mirror melaporkan kejadian di kampung Ivanovka berhampiran Moscow itu berlaku apabila Stanislav Reeflay, 30, memaksa Valentina Grigoryeva,28, keluar ke balkoni dalam keadaan cuaca sejuk.
Wanita itu yang sudah hamil menuruti permintaan teman lelakinya dengan hanya memakai pakaian dalam saja.
Foto: Youtube
Reeflay bagaimanapun tetap merakam kejadian itu secara langsung walaupun menyedari Valentina sudah tidak sedarkan diri.
Akibatnya, wanita itu meninggal dunia serta-merta di rumah sewa itu kerana serangan hipotermia.
Dalam rakaman itu, lelaki itu dilihat mengangkat wanita itu masuk semula ke dalam rumah dan cuba mengejutnya.
"Valya, kenapa dengan awak? Awak masih hidup ke?
"Tiada denyutan...dia pucat. Dia tidak bernafas lagi," kata lelaki itu kepada puluhan pengikutnya yang menyaksikan kejadian itu secara langsung.
Walaupun selepas paramedik mengesahkan kematian wanita itu, lelaki itu masih terus melakukan rakaman.
Difahamkan, video itu berlanjutan selama dua jam selepas kematian wanita itu.
Susulan kejadian, Reeflay ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menerima pembayaran daripada jumlah tontonan video berkenaan.
Berdasarkan laporan media Baza, Reeflay menerima bayaran 1,400 Dolar Kanada (kira-kira RM4,446) kerana melakukan perbuatan itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gila.. demi like dan duit |
|
|
|
|
|
|
|
Psycho betul! Manusia zaman sekarang tak boleh hadam camne obsesnya diorang dengan likes/ subscribers.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduuhh mintak dijauhkan dapat partner yang suka sangat dengan perhatian macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah lebih baik adik Valentina mendatangi ke malaysia daripada berkahwin dengan lelaki tidak berguna itu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku terasa nak tau apa sebab dia buat mcm tu. kalau orang normal, dia buat challenge taklah bodoh sangat sampai bunuh bini sendiri. sepatutnya dah jangka limit... atau memang terlalu bodoh untuk memahami bahaya apa yg dia buat... barangkali kadang-kadang memang benar kata orang, orang menjadi terlalu berani bila orang itu bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang tengok video kat internet, hati lagik panas daripada sekadar membaca berita. Serius takda nilai sesen pun jantan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
SoSIAL influencer .. ini la yg umah2 skang duk puja2
Mmg smorang dah gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sicko!
Padan muka skrg hapah pun xdapat sekadar gelaran gila! |
|
|
|
|
|
|
|
Murahnye nyawa pempuan tu.. Rm4k lebih je.. |
|
|
|
|
|
|
|
crazynyaaa.. xkan dia x sedih... sigh |
|
|
|
|
|
|
|
Harap lepas ni youtube tak payah la bayar youtubers2 ni lagi. Memang ramai batak followers dan subs. Dengan konten merapu dan tak sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak padan dengan harga yang di bayar |
|
|
|
|
|
|
|
ya ka kat mana tu nak tengok. tapi orang russia ni mmg pelik2 kan. iols tengok documentary pasal diorang amik drugs yang mcm bahaya gila. sampai jadi tak betul. menyusahkan mak bapak. tp bangsa russia ni mmg pelik la.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|