View: 3996|Reply: 34
|
Budak 5 Tahun Mati Didera Pengasuh Kerana Hiperaktif
[Copy link]
|
|
Pengasuh disyaki mendera budak perempuan berusia lima tahun sehingga mati dipercayai bertindak demikian kerana tidak tahan dengan kelakuan mangsa yang hiperaktif.
Motif itu diperoleh hasil siasatan polis yang menyoal siasat suspek berusia 61 tahun berkenaan, susulan kejadian pada 2 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata siasatan juga mendapati suspek sudah mengasuh kanak-kanak terbabit sejak September lalu.
Gambar hiasan
"Bapa mangsa yang bekerja di Vietnam tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pandemik COVID-19, manakala ibunya warga tempatan melarikan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Saiful Azly berkata, pihaknya menerima maklumat awam daripada seorang penduduk memberitahu terdapat seorang kanak-kanak perempuan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah rumah pada 2 Januari lalu.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa selain terdapat kesan kecederaan pada tubuhnya.
"Suspek dan dua anak lelakinya ditahan pada hari sama dan direman selama lapan hari.
"Kertas siasatan kes ini dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap pengasuh berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Dua anak lelakinya akan dijadikan saksi pendakwaan," katanya.
Saiful Azly berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang membantu polis dengan menyalurkan maklumat mengenai kejadian berkenaan.
"Walaupun ada perumpamaan 'jangan jaga tepi kain orang', masih ada perkara yang kita perlu sentiasa peka terutama jenayah membabitkan kes dera ini," katanya.
Sumber: BH Online |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau taknak jaga, bagitau awal2..
|
|
|
|
|
|
|
|
awat ibu bdk tu melarikan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sampai jadi pendera kalau tak sanggup jaga. Budak yang mak paknya tak ada bersama selalunya agak nakal sikit berbanding budak biasa kalau tak sabar tak perlu sanggup jaga hanya kerana duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kjadian ni kat mana..knp x bgtau |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya nasib budak ni..duduk dengan orang lain kena dera pulak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak nya tu elok.pi.bunuh diri
Ada anak pung serah kat orang buat apa..
See...orang yang asuh tu yang dera anak ko..
Jilaka |
|
|
|
|
|
|
|
Kesedaran tentang kanak2 istimewa ni masih rendah dlm masyarakat kita. Nakal budak hyper /adhd tak sama dgn kanak2 normal yg lain. Nak jaga kena ada ilmu. Begitu juga di sekolah, bukan semua guru boleh handle budak yg hyper. Ramai budak hyper jadi mangsa dera sebab kejahilan org dewasa. Kesian adik ni. Moga tenang disana. |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 8-1-2021 04:20 PM
kalau taknak jaga, bagitau awal2..
Nak bgtahu sapa dah mak pon lari? |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat: Kjadian ni kat mana..knp x bgtau
Kuala Lumpur.
Bahagian mn kl tk dihabaq. kl ni agak besor gak. sentul. setapak. chow kit. jalan tar. |
|
|
|
|
|
|
|
Gilaaa pi bunuh budak
Anak i sangat2 aktif dari sblum boleh berjalan lagi
Terlalu aktif smpai i beli segala jenis mainan tapi tetap la nak membuas kacau daddy nya
Panjat sana sini , lari merata memang tak dok diam langsung
I pulak jenis x bagi tab bagai
Memangla kadang2 penat melampau sebab berjaga sepanjang masa
Tido pun buas berkali2 jatuh katil
Budak je kot
Even kucing2 i lagi gilaa buas
Lari lompat pecahkan barang
Itu belum anak sedara i yg boy , melampau buas tapi mmg kalah la anak i yg double triple lagi buas nya
Hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya bdk tu. dh la sebaya dgn ank sdara i.
kecik2 dah kena dera mcm mna la bdk tu hari2 menahan rasa sakit. sedihnya. syurga utk ank kecil ni. |
|
|
|
|
|
|
|
wow meriahnya rumah , bagus jugak you ni ...sabar ye jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
hiperaktif ker apa ker, ko ttp salah sialllll. cuba org dera ko yg tua bangka yg nak mampus tu, mcm mana ko rasa. sial. suka hati ko nak dera bunuh anak org, klu tak sudi hantar pusat kebajikan, duit nak tapi jaga b jaga bagi alasan hiperaktif...puiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih baca bab2 bdk kena dera ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Palat korang anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
Palat korang anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai, di mana sifat kemanusiaan kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|