View: 6024|Reply: 46
|
'Keluarga Kami Teraniaya Kerana Kecuaian KKM'
[Copy link]
|
|
Wanita mendakwa kekhilafan Kementerian Kesihatan (KKM) menyebabkan dia dan anak dijangkiti Covid-19 daripada suaminya.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita menggunakan akaun dikenali sebagai Azra Ghaz mendakwa kecuaian KKM memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen kepada suaminya menyebabkan dia dan anaknya terdedah kepada wabak itu.
Kredit foto: FB
"Suami saya dijangkiti ketika berada di wad hospital. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul ketika merawat suami saya.
"Kecuaian KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal sebenarnya suami saya positif Covid-19.
"KKM mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya, kami di rumah pula terdedah kepada wabak Covid-19," katanya.
Menurutnya, susulan itu mereka sekeluarga membuat ujian saringan Covid-19 sebelum dimaklumkan positif ketika menjalani tempoh kuarantin.
"Kerana kesilapan KKM, mereka membahayakan nyawa kami sekeluarga. KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RTK-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif.
"Apakah signifikannya melakukan RTK-PCR selepas incubation period (tempoh inkubasi) 10 hari, sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar," katanya.
Justeru, katanya, itu antara isu akan dibawa dalam pertemuan diaturkan KKM bagi membincangkan aduan rasminya.
"Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memaki hamun dan menyumpah seranah KKM. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang.
"Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri dan menerima sahaja penindasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM," katanya.
Kredit foto: FB
Dalam pada itu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan suami kepada wanita terbabit mendakwa dijangkiti virus terbabit ketika mendapatkan rawatan akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul di sebuah hospital pada 7 Disember tahun lalu.
Lelaki dikenali sebagai Muhammad Ghazali itu berkata, selepas dua hari dimasukkan ke hospital terbabit, dia diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas terdapat kes positif wabak itu di wad didudukinya.
Dia kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember, namun keputusan ujian disahkan negatif serta dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah.
Bagaimanapun, pada 23 Disember lalu, dia menerima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan sebenarnya disahkan positif Covid-19 sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada keesokannya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh ade miscommunication dan kecuaian, perkara berlaku ni kena siasat tapi , perkataan KKM menindas tu pada I agak melampau, sorry ye, KKM suruh pesakit ni bayat ke kos ujian????
so kalau ye okay dia boleh complaint , itu validpoint kalau depa kena bayar..tapi kalau tak pengguaan perkataan menindas adalah agak kurang tepat dan misleading. |
|
|
|
|
|
|
|
kata memahami KKM tgh menggalas tugas yg berat tapi makcik ni tetap gigih menggalas tugas aibkan KKM di media sosial |
|
|
|
|
|
|
|
Health system dah down, staff exhausted, rakyat dok degil lagi..
Kena mcm ni sibuk nak complaint, viral sana sini.
KKM suruh ikut sop tak diikut |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju
Perkataan penindasan tidak sesuai untuk menjelaskan kes ini |
|
|
|
|
|
|
|
batak viral ke?
habaq kat kkm je la.. awat habaq kat medsos? |
|
|
|
|
|
|
|
confirm ke dapat dari hospital? sbb dia positif masa tempoh kuarantin. die kuarantin tu pasal ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Semua lah salah KKM kan, depa tu penat ya amat. Yang rakyat dok ber hoo haa aritu, nak salahkan saper plak, DAP, PAS atau PKR. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la ambik antigent, result 94% je betul
ambik la PCR result tepat
|
|
|
|
|
|
|
|
94%.. kira tinggi laa tuu.. takkan nak yg 99% pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.
Dah masuk ward time2 kobid ni faham2 je la dik non.
Frontliners tu pun risk bawak balik covid tiap2 kali keje.
bg akak itula pentingnya laki bini paham sains perubatan.
kalau tak nanti kau sakit laki kau beli habbatus sauda dgn madu Tesco lepas tu bawak balik kg berubat dgn bomoh. Paling bongok yg tiap2 pagi hantar bini pakak baju putih seluar putih mengeram atas katil korea. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kuarantin sbb positif.
Dapat drp husband dia. Dia kata husband dia positif masa di wad tapi kkmm kata negatif. So dia bawa balik and mengjankit semua orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoi mama mia ni, kena tindas padia.
Kalau kena tindas. kkm reject mama, papa, n mia utk buat swab test dan dibiarkan sesak nafas di parking hospital, lalu meninggal. Tu baru sesuai guna istilah ditindas |
|
|
|
|
|
|
|
c===8 replied at 18-1-2021 09:32 AM
kata memahami KKM tgh menggalas tugas yg berat tapi makcik ni tetap gigih menggalas tugas aibkan KKM ...
Aku konpius di situ.. Kat atas cakap macam2.. Pastu paragraph bawah ehh2 lain pulak.. Kecelaruan apakah acik ni |
|
|
|
|
|
|
|
syaz_lina replied at 18-1-2021 01:22 PM
Adoi mama mia ni, kena tindas padia.
Kalau kena tindas. kkm reject mama, papa, n mia utk buat swab ...
Itupun tengok situasi juga. Kalau public helathcare kita dah sampai tahap xmampu mungkin benda biar saja di parking sepital mungkin berlaku. Huhu nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan esok lusa kkm saman malu br pdn muka. Benda dh setel nak bising lg. Dlm puji ada hinaan gitu. Dah sembuh pun anak beranak, bukannya mati pun |
|
|
|
|
|
|
|
RTK bukan 84% betul ke ?
Saya baru2 ni buat dua dua .. sebab RTK cepat -- PCR dalam 72 jam baru dapat result .. tak tahan nak risau lama lama ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ujian covid19 yang test guna rtk antigen dapat result cepat tapi byk yg x tepat, cleaner kat ofis test guna rtk antigen positif, masuk pusat kuarantin test pula guna pcr, lepas 5 hari dpt result negatif, terpaksa habiskan kuarantin 10 hari sebab dah terdedah dengan yg positif di pusat kuarantin |
|
|
|
|
|
|
|
byk betol bunyik nye, tau x frontliners tu semua dh penat sgt... kira syukur la ko buat swab test tu free. dibuatnye ko kene bayar baru tau,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|