View: 17915|Reply: 109
|
Cabaran Jaga Anak Autisme, Ramai Sebak Bila Fynn Jamal Luahkan Perasaan
[Copy link]
|
|
Bukan calang-calang keluarga yang ‘dipilihNya’ untuk menghadapi ujian apabila memiliki anak istimewa.
Kecekalan dan kekuatan ibu bapa di dalam menjaga anak istimewa ternyata bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilalui.
Itulah situasi yang dihadapi penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan menghidap autisme.
Menerusi entri di Instagram, Fynn ada berkongsi rakaman gelagat permata hatinya itu yang kini mencecah usia 9 tahun, Bakti Arjuna Fitri.
Foto: IG
Fynn atau nama sebenar, Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.
Mengakui mempunyai banyak rakaman yang seumpama dengannya, Fynn akui ada ketikanya dia tidak tergamak untuk menonton video yang diambil.
“We have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.
“Walau tak dpt rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data juna ni. haha.
“Truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.
“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.
“Kadang-kadang kesian suami aku. dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik.
“Kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha,” tulisnya.
Fynn pada masa sama menjelaskan, perkara tersebut menjadi antara punca dia agak menjauh dengan media sosial kebelakangan ini.
“You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau; my family comes first.
“Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.
“Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do. Cumanya — all in good times. Itu sahaja.
“So kindly, kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama— go to psychiatrist, get to therapy. Good pay, good service. Aku ni buat percuma. sambil2 mendahulukan anak2 dan suami. pastinya servis aku paling corot dlm dunia.
“Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar dia seisi keluarga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa mereka.
Video yang muat naik melalui IG TV itu sudah pun menerima lebih setengah juta tontanan sejak dikongsi hampir seminggu lalu. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apalah kudrat mak banding anak yang membesar..no wonder kokspin selalu off the roof. Semoga tuhan bagi kekuatan kat beliau berdua |
|
|
|
|
|
|
|
tgh gelepar2, tercucuk pulak spike dekat niqob tu.
Jgn la pakai benda yg bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
kokping, jangan pakai benda2 tajam ya kalau dah tau anak camtu...
sayang, dulu anak takde tanda pun cuma bila terlalu sangat dengan gajet n bila ramai yang tegur minta bawak jumpa pakar, dia tolak... when things get worse baru nak bawak... takpe la, bahagian masing2...
harap juna terus kuat... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan lah urusan... |
|
|
|
|
|
|
|
Paling palat bila marhaen tanya pendapat si kepam kokping ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adiktet at 23-4-2021 03:15 PM
Maaf.. autism bukan disebabkan gajet.. jika ditakdirkan anak ada autism dedahkan ataupun tidak didedahkan gajet pon tetap ada autism..
|
|
|
|
|
|
|
|
one of factor... dan pada yang ada autisme, gadjet will worsen the situation... kalau buat early intervention, insya Allah anak dapat dikawal (sebab juna awal2 takde la tunjuk severe n spectrum macam anak zarina yang satu lagi tu)
|
|
|
|
|
|
|
|
I kesian tengok arjuna.... Kokping not so much. She needs to try to be humble. |
|
|
|
|
|
|
|
apa benda kat kepala dia tu? tajam ke?
buatnya tercocok kat mata kepala budak tu, satu hal pulak dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dulu ramai dh ckp kat dia anak dia austism..masa juna kecik lagi, tapi dia nafikan, sekarang...hhmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.
ni mcm tanda2 skizo je. |
|
|
|
|
|
|
|
anak self harm macam tu dengan meltdown tantrum teruk, mak boleh letak studded spike kat niqab.. kalau tercucuk mata anak tu, nak salahkan netizen ke sebab netizen penah tegur kot pasal studded tu.. nak tunjuk rebel pun bertempat la skit..
dalam "sibuk" jaga keluarga, sempat lagi nak update macam2 kat ig tu.. belum lagi caption 1800 patah perkataan untuk satu post.. celah mana yang menjauhkan diri dari sosial media katanya?? hp melekat jgak kat tangan tu.. laju je merekod macam macam, menaip panjang panjang..
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa dia yg ramai ramai sebak tu. meh aku lempangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu orang tegur yg anak dia ada tanda2 autism tapi dia buat x tahu je kan. Sumbat ipad padahal gadget boleh menyebabkan over stimulation untuk budak2 yg sensitive. Husband x sihat, juna kena bagi extra attention pastu ambik lagi sorang anak angkat. Iouls kesian kat juna & adik dia je la |
|
|
|
|
|
|
|
JiEunTak replied at 23-4-2021 04:11 PM
tengok 1st video...
macam tu aku ngan anak aku bila kekdg dia meltodown...
end up aku yg ...
sabar ye sis.. u are so special sb tu Allah pilih.. iols pulak ada anak oku yg terlantar.. lahir smua normal peknen normal.. xde demam xde apa tiber kena brain infections.. sampai skrg doc xboleh cari apa puncanya.. kdg teringin nk ada life mcm org lain.. anak2 lari sana sini. iols nk keluar pon limited since pandemik ni. kita pujuk diri ada yg terbaik menunggu kita.. inn syaa Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah besar dah juna. Dulu masa juna kecik iols follow juga sbb nak tengok comel amat pakai jaket bulu2
Rasanya boleh stop terus kot main socmed ni. Bagi perhatian pada family jah sebab nak karang caption panjang2 tu required time and efforts, no? |
|
|
|
|
|
|
|
gummiebear replied at 23-4-2021 05:44 PM
Dah besar dah juna. Dulu masa juna kecik iols follow juga sbb nak tengok comel amat pakai jaket bulu ...
Mana boleh stop. Socmed tu bak oxigen utk kokping. |
|
|
|
|
|
|
|
JiEunTak replied at 23-4-2021 04:11 PM
tengok 1st video...
macam tu aku ngan anak aku bila kekdg dia meltodown...
end up aku yg ...
Bersabar ya dek
Semoga terus tabah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|