Seorang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila didera oleh suami sendiri selama lapan jam sehari tanpa henti di Banyuasin.
Lapor Tribunnews, wanita itu diseksa dengan dicukur rambutnya sampai botak, dipukul di bahagian muka sehingga lebam di bawah kelopak mata serta bibirnya bengkak.
Nasib malang itu menimpa Reni yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak enam tahun lalu.
Reni membuat laporan polis di unit siasatan jenayah Banyuasin. -TRIBUNNEWS
Dia juga melecur pada muka apabila dicucuh dengan puntung rokok sehingga menimbulkan bekas luka di pipi kirinya.
Tidak cukup dengan itu, suaminya pernah menderanya secara seksual dengan memasukkan objek ke dalam kemaluannya.
Lebih memeritkan, wanita malang itu pernah disiram dengan minyak tanah di seluruh tubuhnya sebelum suaminya menyalakan api.
“Sebelum api membakar tubuh, saya dipaksa mengaku berselingkuh dengan lelaki lain barulah dia berhenti menyeksa saya.
“Suami juga pernah kencing atas badan saya kerana sering menuduh saya curang dengan lelaki lain,” luahnya.
Pasangan ini asalnya hidup bahagia, namun, suaminya mula berubah perwatakan apabila mencurigai isterinya bersekedudukan dengan lelaki lain tanpa usul periksa.
Sumber: Utusan |