View: 19212|Reply: 138
|
"Ayah Bagi Dua Syarat Untuk Lelaki Pilihan," Hawa Rizwana Akui Tak Per
[Copy link]
|
|
Kredit foto : Kosmo
Penyampai berita dan pengacara, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 25, semakin hari semakin "laris" menghiasi kaca televisyen.
Bukan sahaja cantik, malah gaya penegasan dalam setiap butiran informasi yang disampaikan ketika mengendalikan segmen Buletin Utama telah menarik perhatian sesiapa sahaja.
Bercerita tentang perjalanan kariernya, Hawa berkata, dia sebenarnya langsung tidak pernah terfikir untuk berada di depan kamera, namun sejak kecil dia sudah menunjukkan bakat dalam kerjaya tersebut, lapor Kosmo.
Ujar wanita kecil molek itu, bapanya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman, 61, menggalakkan dia untuk mengambil jurusan kewartawanan memandangkan tahu minat anaknya yang gemar membaca.
"Sebenarnya ayah tidak kisah bidang kerjaya yang ingin saya ceburi. Cuma dia mahu saya ada ilmu pengetahuan.
"Alhamdulillah, ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya berpeluang untuk menjalani latihan industri di Media Prima dan dihantar ke unit penerbitan program Wanita Hari Ini (WHI). Akhirnya, saya mendapat rezeki untuk menjadi pengacara rancangan berkenaan," jelas wanita berketurunan Arab, Siam dan Aceh itu.
Kata Hawa, dia ada menerima beberapa tawaran untuk berlakon, namun menolak dengan cara baik. Kerana mahu fokus sebagai pengacara dan penyampai berita.
Kredit foto : Kosmo
"Sebelum ini saya pernah muncul sebagai pelakon tambahan dalam drama Aku Tak Raya. Itu pun sebagai pembaca berita sahaja.
"Minat itu ada (untuk berlakon), tapi elok saya fokus dahulu dengan kerjaya sekarang".
Menyentuh tentang status dirinya, Hawa berkata, hatinya masih belum lagi dimiliki mana-mana lelaki dan belum terfikir untuk memiliki seseorang yang bergelar kekasih dalam hatinya.
Hawa turut mengakui, masih tiada cinta lelaki di hatinya. Dia juga tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini.
"Saya sangat dahagakan pengalaman (kerja). Lagi pun saya memang tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki itu adalah," jelasnya.
Cuba mengusik untuk mengetahui ciri-ciri lelaki idaman yang dicari. Hawa sambil ketawa memberitahu, bapanya telah meletakkan dua syarat jika ada lelaki ingin menyunting puteri kesayangannya.
Kredit foto : Instagram hawarizwana
"Ayah bagi dua syarat. Pertama lelaki yang bangun solat Subuh sebab kalau dia bangun solat Subuh, insya-Allah solat lain akan terjaga. Yang kedua, lelaki yang tidak merokok.
"Saya secara peribadi inginkan bakal suami yang boleh menerima saya ketika susah dan senang, semasa sakit atau sihat, memahami dan boleh menenangkan saya ketika dalam kegelisahan," jelasnya menutup kata.
Agaknya siapakah jejaka yang mempunyai ciri-ciri itu dan berjaya membuka pintu hati wanita kelahiran Illinois, Amerika Syarikat ini untuk bercinta? Sama-sama kita nantikan dan doakan jodoh Hawa. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry i selalu tertanya tanya cantik kah sheols ni sebab macam banyak yg lagi cantik kalau tengok dekat instagram tu...kenal pun sbb dulu viral muka sama dengan seseorang tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 16-8-2021 02:34 PM
Sorry i selalu tertanya tanya cantik kah sheols ni sebab macam banyak yg lagi cantik kalau tengok de ...
Hype dulu pun sbb muka lebih kurang ngn yg tu kan.. nk kata cantik, cantik biasa je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu vvip sambar. Boleh jadi the next kak mala, bettina chua, tuanku permaisuri norashikin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjumpa ciri2 lelaki yang diidamkan oleh ayahnya untuk dijadikan colan suami |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada fizo omar di hati Hawa Rizwana....
HAWA RIZWANA
Tiada cinta lelaki di hati Hawa Rizwana
GAYA penyampaian dan lentur suaranya ketika bersiaran mengendalikan segmen Buletin Utama dalam saluran TV3 mudah menarik perhatian sesiapa sahaja.
Penegasan dalam setiap butiran informasi melakarkan sebuah pesona buat personaliti televisyen muda itu.
Berbekalkan wajah yang cantik, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan semakin hari semakin ‘laris’ menghiasi kaca televisyen sebagai penyampai berita dan pengacara.
Biarpun boleh dilabelkan masih ‘hijau’ dalam kerjayanya sebagai personaliti televisyen, namun Hawa perlahan-lahan mengorak langkah untuk menjadi antara yang terbaik, sekali gus mengembangkan lagi kariernya dalam bidang penyiaran.
Bercerita tentang perjalanan kariernya, Hawa berkata, dia sebenarnya langsung tidak pernah terfikir untuk berada di depan kamera, namun sejak kecil dia sudah menunjukkan bakat dalam kerjaya tersebut.
“Ketika masih di bangku sekolah, setiap kali bersama ayah dalam kereta, kalau ada surat khabar dia akan suruh saya baca ala-ala gaya seorang penyampai berita.
“Tetapi saya tidak nampak lagi kerjaya sebegitu. Apa yang saya tahu, saya mempunyai banyak minat antaranya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan peguam,” ujarnya.
SEWAKTU awal-awal bergelar personaliti televisyen, Hawa Rizwana mengakui pernah ‘koyak’ apabila dikritik penonton.
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
auumm dapat ke TRY hari tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Karier tak dirancang
Kata Hawa lagi, dia akhirnya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kewartawanan atas saranan bapanya sendiri.
Ujar wanita kecil molek itu, bapanya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman, 61, menggalakkan dia untuk mengambil jurusan kewartawanan memandangkan tahu minat anaknya yang gemar membaca.
“Sebenarnya ayah tidak kisah bidang kerjaya yang ingin saya ceburi. Cuma dia mahu saya ada ilmu pengetahuan.
“Alhamdulillah, ketika belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya berpeluang untuk menjalani latihan industri di Media Prima dan dihantar ke unit penerbitan program Wanita Hari Ini (WHI). Akhirnya, saya mendapat rezeki untuk menjadi pengacara rancangan berkenaan,” jelas wanita berketurunan Arab, Siam dan Aceh itu.
Bermula sebagai pengacara dan juga pembaca berita, perjalanan karier Hawa kini berkembang apabila dilantik sebagai penyampai radio saluran Buletin FM (dahulu dikenali sebagai Kool FM) yang bersiaran pada pukul 6 hingga 10 pagi bersama rakan penyampai, Ally Iskandar.
Jelas wanita kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu, dia langsung tidak pernah terfikir akan menjadi seorang penyampai radio, namun bersyukur kerana menganggap peluang tersebut rezeki dari Allah SWT.
Biarpun mengakui penat ‘dikerjakan’ jadual yang padat, Hawa tetap gembira kerana sudah terbiasa dengan kesibukan.
“Saya sebenarnya bimbang, takut tidak ada masa untuk diri sendiri dan berehat. Tapi saya anggap itu sebagai satu cabaran untuk menjadikan lebih matang.
“Apa yang penting, saya kena ada tenaga, terutama suara memandangkan tona suara saya agak ‘tebal’. Lagi pun saya akan kendalikan segmen pagi. Jadi saya mahu beri aura positif dan semangat kepada pendengar,” kata wanita berusia 26 tahun itu.
BIARPUN penat dengan kepadatan jadual kerja, Hawa sebenarnya gembira dengan setiap pekerjaan yang dilakukan hari ini.
Suka dikritik
Berkecimpung dalam dunia penyiaran, Hawa tidak terlepas daripada menerima kritikan daripada penonton. Bagaimanapun, dia tidak mudah melatah, malah dia lebih suka jika dikritik kerana itu akan menjadi semangat untuk dirinya sentiasa menjadi lebih baik lagi.
“Saya lagi suka kalau dikritik penonton. Masa awal-awal menceburi dunia penyiaran, saya agak ‘koyak’. Lama-lama saya fikir, bila orang komen (kritik), itu bermaksud mereka tonton saya.
“Antara kritikan yang pernah saya terima bila orang kata saya pelat untuk menyebut ‘S’ dan ‘R’.
“Saya tidak perasan pun perkara itu. Tapi bila ramai penonton yang menegur, jadi saya kena perbaiki lagi sebutan saya supaya lebih jelas,” kata Hawa yang turut meminati bidang tarian itu.
Ditebak tentang kecenderungannya untuk terjun dalam bidang lakonan, sejujurnya Hawa enggan untuk beralih ke bidang tersebut dan hanya mahu memberi fokus pada kerjayanya dalam dunia penyiaran.
Kata Hawa, dia ada menerima beberapa tawaran untuk berlakon, namun menolak dengan cara baik. Kerana mahu fokus sebagai pengacara dan penyampai berita.
“Sebelum ini saya pernah muncul sebagai pelakon tambahan dalam drama Aku Tak Raya. Itu pun sebagai pembaca berita sahaja.
“Minat itu ada (untuk berlakon), tapi elok saya fokus dahulu dengan kerjaya sekarang.
HAWA turut mengakui, masih tiada cinta lelaki di hatinya. Dia juga tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini.
Dua syarat seorang ayah
Menyentuh tentang status dirinya, Hawa berkata, hatinya masih belum lagi dimiliki mana-mana lelaki dan belum terfikir untuk memiliki seseorang yang bergelar kekasih dalam hatinya.
Hawa turut mengakui, masih tiada cinta lelaki di hatinya. Dia juga tidak pernah mempunyai pengalaman bercinta sebelum ini.
Pada waktu sekarang ditambah pula dengan situasi Covid-19, tiada keperluan untuk Hawa menjalin cinta dan hanya mahu fokus kepada kerjaya.
“Saya sangat dahagakan pengalaman (kerja). Lagi pun saya memang tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelaki itu adalah,” jelasnya.
Cuba mengusik untuk mengetahui ciri-ciri lelaki idaman yang dicari. Hawa sambil ketawa memberitahu, bapanya telah meletakkan dua syarat jika ada lelaki ingin menyunting puteri kesayangannya.
“Ayah bagi dua syarat. Pertama lelaki yang bangun solat Subuh sebab kalau dia bangun solat Subuh, insya-Allah solat lain akan terjaga. Yang kedua, lelaki yang tidak merokok.
“Saya secara peribadi inginkan bakal suami yang boleh menerima saya ketika susah dan senang, semasa sakit atau sihat, memahami dan boleh menenangkan saya ketika dalam kegelisahan,” jelasnya menutup kata.
https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow banyaknya mix siam arab acheh.. Lahir kat US rupanya. Tak kan takde classmate kat US yg helok kiki |
|
|
|
|
|
|
|
Nasb la family ade kepentingn dlm mdia prima sbb xde bakat or ciri2 yg hebat dh bape lama jadik pengacara still gitu gak … baik laaa permaisuri selangor yg bava berita sedp sikit telinga mendgr even tv1 … tggu je la jutawan masuk minang lepastu pencn .. please la media prima amik yg betul2 berbakat ni nk selamatkn kroni msg2 … |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique: Sorry i selalu tertanya tanya cantik kah sheols ni sebab macam banyak yg lagi cantik kalau tengok dekat instagram tu...kenal pun sbb dulu viral muka s ...
Dalam kategori cantiklah. Nak compare ngan banyak lagi kat insta tu payah la gitu sis kikiki
|
|
|
|
|
|
|
|
Suara mcm serombong kapal sbb xnk kedengaran sore chipmunks masa baca berita.. Fake la minah ni.. Control ayu satu lg hal.. Pernah tertgk dia dgn si uyaina masa WHI.. Ya Allah semasing dh mcm control habis. Duduk sume fake.. Senyum fake n sgt xrilek..suara pon control. Terus nyampah |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah ni antara percubaan nak naikkan nama dia ni. Too much hype for an ordinary figure |
|
|
|
|
|
|
|
Ni first time dengar suara awa. Amoih teruknya dibuat2 suara deep jantan tu. First line tak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu tolak basikal dgn jijang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Comel budak ni. Suara pun sedap intonasinya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|