View: 19165|Reply: 91
|
Qadha Solat (merged: spana,medangtamang)
[Copy link]
|
|
apa harus dibuat oleh seorang yang sudah sekian lama meninggalkan solat fardu selama bertahun-tahun dan sekarang sudah bertaubat dan hendak kembali ke jalan Allah? Solat fardu yang tertinggal itu hutang ke? mestikah kita "bayar" balik? Selain dari itu, betul ke solat sunnat tidak harus dibuat selagi qada solat fardu belum selesai?
[ Last edited by fleurzsa at 21-1-2006 04:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EddyAdy at 2-8-2005 09:49:
apa harus dibuat oleh seorang yang sudah sekian lama meninggalkan solat fardu selama bertahun-tahun dan sekarang sudah bertaubat dan hendak kembali ke jalan Allah? Solat fardu yang tertinggal itu h ...
insyaAllah boleh qada sembahyang dengan melebihkan sembahyang setiap waktu tu..maknanya buat lebih....2 kali ke,3 kali ke...
misalnya waktu zohor...lepas sembahyang fardhu zohor, selesai bagi salam dan berdoa..bangun balik sembahyang qada zohor pulak..caranya sama 4 rakaat juga...cuma niat nya qada ..
begitu la dalam setiap waktu2 isyak dan maghrib...dan harus di ingat...selepas sembahyang fardhu subuh, dan fardhu asar...tak boleh sembahyang sunat lagik........
ps* ada jugak pink dengar..kalau kita banyak tinggal yang fardhu...lebih baik kita qada dulu yg fardhu tu...sebab itu wajib....
wallahualam...
[ Last edited by pink on 2-8-2005 at 01:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih Pink. Selanjutnya:
1) pada waktu zohor, cuma boleh qada solat zohor saja, tidak boleh buat qada solat subuh, qada solat ashar dsb?
2) sesudah solat ashar di rumah and masuk masjid, boleh tak solat sunnat (tahiyat masjid)? |
|
|
|
|
|
|
|
Di bawah ini koleksi hadis-hadis dan pandangan ulama tentang persoalan ini..
Dari Jabir Bin Abdullah , beliau berkata bahawa Saidina Omar datang kepada Rasullulah s.a.w pada ketika Perang Khandak sesudah terbenam matahari. Pada ketika itu Saidina Omar memaki kafir Quraish kemudian berkata kepa Rasullulah s.a.w : Hai Rasullulah..Saya hampir tidak sembahyang Asar sampai matahari terbenam. Maka Nabi menjawab :
Demi Allah ..saya juga belum sembahyang Asar. (berkata Jabir) Maka kami semua berangkat ke Buthan kemudian berwudhulah Nabi dan kami juga berwudhu, lalu Baginda solat Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu barulah baginda Solat Maghrib."
H/R Bukhori & Muslim
Sheikh Zainuddin ada berkata:
Beliau anak murid kps Imam Ahmad Bin Hajar yg telah berkata di dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj bahawa,
"Yang jelas, orang yang tertinggal sholat mesti menggunakan secukup waktu untuk mengqadho-nya selain waktu yang digunakan untuk melakukan sesuatu yang wajib atasnya; di samping juga haram baginya melakukan sholat sunnah (sebelum sholat qadho dilaksanakan)."
Lagi Imam Ibn Hajar ader mengeluarkan pendapat bahawa HARAM seorang tu tawaf Ka'abah (sebagai ganti sholat tahiyyatul masjid) apabila masuk Masjidil Haram kerana dia lebih patut menggunakan masa itu mengqadho solat yg belum dilaksana.
Namun, pendapat ulama mutaakhrin seperti Imam Abdullah Al Haddad lebih mudah dan memberi kelongaranr. Pendapat beliau juga termaktub dalam kitab Bughyat al-Mustarshidin fi Talkhis Fatawa ba'd al-Muta'akhkhirin oleh Habib Abd Rahman Ba'alawi.
Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari, bab Innamal a'mal binniyyat menukilkan, mafhumnya: "sekiranya solat yang nak diqhadakan banyak (lebih daripada satu), semasa niat perlulah dita'yinkan (ditentukan) solat apa yang kita nak qhada pada masa itu.( Sama ada zohor,asar atau isya'. Tidak menjadi masalah bagi solat subuh dan maghrib kerana bilangan rakaat yang berbeza)
Tetapi kalau solat yang kita nak qhadakan hanya satu sahaja (yang kita tinggal), semasa niat tak perlu dita'yinkan solat apa."
Sebolehnya, qhada disegerakan.Kerana bila dah lama-lama akan terselit rasa malas, ditambah pula dengan bertambahnya solat yang tertinggal.
Beberapa pendapat fuqaha' Syafi'iyyah:
Telah menaqalkan Imam Nawawi akan kata-kata Imam Haramain di dalam 慚ajmu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EddyAdy at 2-8-2005 11:56:
terima kasih Pink. Selanjutnya:
1) pada waktu zohor, cuma boleh qada solat zohor saja, tidak boleh buat qada solat subuh, qada solat ashar dsb?
2) sesudah solat ashar di rumah and masuk masjid, b ...
eddy,
apa yg pink tahu,
qada solat boleh pada bila2 masa sahaja...tak semestinya waktu zohor kena qada zohor sahaja..cuma pastikan niat sembahyang itu adalah betul...kalau misalnya nak qada subuh pada waktu zohor,pastikan niat tu adalah niat qada subuh 2 rakaat...
2.pink copy and paste kat sini
Waktu diharamkan bersolat tidak ada. TETAPI waktu diharamkan solat SUNAT itulah yang sebenarnya.
Waktu-waktu tersebut adalah seperti berikut:-
1. Selepas solat subuh hingga terbit matahari.
2. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3darjah.
3. Ketika matahari tegak diatas kepala kecuali pada hari jumaat.
4. Selepas solat Asar
5. Ketika matahari kemerahan diwaktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya.
Peringatan.
1. Tidak haram jika solat itu ada sebab seperti Qada, Tahiyatul Masjid atau minta hujan.2. Tidak haram jika solat itu adalah sunat gerhana, bulan ataupun matahari.
3. Di kota Makkah tidak haram solat pada bila-bila masa jua pun.
Demikian dari kitab Ihya Ulumuddin dari kitab Hidup Ibadat.
ps*soalan eddy dah terjawab..boleh sembahyang sunat Tahiyatul Masjid selepas solat Asar kerana ada sebab berbuat demikian...
wallahualam...
[ Last edited by pink on 2-8-2005 at 06:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
eddy
maknanya di atas
di boleh kan solat qada selepas subuh dan asar....tetapi tak boleh solat sunat tanpa sebab...
kalau solat sunat bersebab,tak mengapa...contoh sunat tahiyatul masjid(selepas solat subuh dan asar) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum Gravedigger,
Dari Jabir Bin Abdullah , beliau berkata bahawa Saidina Omar datang kepada Rasullulah s.a.w pada ketika Perang Khandak sesudah terbenam matahari. Pada ketika itu Saidina Omar memaki kafir Quraish kemudian berkata kepa Rasullulah s.a.w : Hai Rasullulah..Saya hampir tidak sembahyang Asar sampai matahari terbenam. Maka Nabi menjawab :
Demi Allah ..saya juga belum sembahyang Asar. (berkata Jabir) Maka kami semua berangkat ke Buthan kemudian berwudhulah Nabi dan kami juga berwudhu, lalu Baginda solat Asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu barulah baginda Solat Maghrib."
H/R Bukhori & Muslim
Adakah perbuatan Rasulullah saw n Saidina Umar r.a. di atas ini di katakan sebagai QADA Solat??? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 2-8-2005 08:50 PM:
Adakah perbuatan Rasulullah saw n Saidina Umar r.a. di atas ini di katakan sebagai QADA Solat???
Wa'alaikumsalam tuan,
Soalan tuan ini lebih baik kalau sekiranya ditanya pada tok guru-tok guru ataupun ulama-ulama yang alim dalam bidang fiqh ini. Namun disebabkan adanya terjumpa hadis yang berkaitan maka rasanya tidak mengapa kita membincangkannya sekadar bertukar-tukar fikiran.
Ada pun yang dikatakan Qada itu adalah....
1.Solat yg tertinggal ..TANPA UZUR..Wajib Qadho SEGERA!..(malahan ada ulama yg wajibkan Qadho dan tak boleh buat apa kerja lain sekalipun selagi tak Qadho...Ini adalah pendapat Syekh Zainuddin dalam kitabFathul Mu'in..
Tapi..Pendapat yg lebih kuat ..Syekh Habib Abdullah Al-Hadad "Org yg meninggalkan sembahyang diberi kelonggaran utk mengerjakan Qadho solat fardhu menurut kemampuan dan kelawasan masa, TANPA MERINGGAN-RINGGANKAN KEWAJIBAN QADHO "
2.Solat yg tertinggal DENGAN UZUR (Misalnya tertidur)..WAJIB QADHO ..tapi..SUNAT SEGERA (maksudnya tak wajib segera Qadho...tapi ..kalau segera Qado..misalkata..terkejut tidur..terus ambil wudhu terus solat...dapat pahala sunat lagi!..
3.Misalkata kita luput waktu solat Asar..dan dah masuk waktu magrib..kita perlu buat Qadho Asar dulu ..baru buat Magrib (kalau tak bimbang habis waktu magrib..kalu dak..kes nanya pulak..kena Qadho magriblah pulak!
Ada pun hadis yang dikemukakan itu bolehlah kita kaitkan dengan bahagian tiga. Sahabat-sahabat telah terlepas waktu asar kalau diteliti bahawa sudah terbenam matahari. Maka adapun waktu itu Rasulullah SAW bersolat bukan waktu asar tapi selepas matahari terbenam. Ini termasuk qada jua adanya.
Adapun segala jawapan saya ini diperolehi dari internet jua maka adapun untuk kepastian maka eloklah sekiranya yang bertanya itu mencari tok guru dan menadah kitab adanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2-8-2005 04:39 AM:
1.Solat yg tertinggal ..TANPA UZUR..Wajib Qadho SEGERA!..(malahan ada ulama yg wajibkan Qadho dan tak boleh buat apa kerja lain sekalipun selagi tak Qadho...Ini adalah pendapat Syekh Zainuddin dalam kitabFathul Mu'in..
Tapi..Pendapat yg lebih kuat ..Syekh Habib Abdullah Al-Hadad "Org yg meninggalkan sembahyang diberi kelonggaran utk mengerjakan Qadho solat fardhu menurut kemampuan dan kelawasan masa, TANPA MERINGGAN-RINGGANKAN KEWAJIBAN QADHO "
aku pernah buat tesis pakai buku nih |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum Gravediggers,
Terimer kasih di atas jawapan miker.
Teman bertanya sedemikian kerana TIADA sebutan qada pd hadis tersebut.
Dan juga Rasulullah saw n Saidina Umar r.a. pun tak kata qada.
Dan dari pendapat yg ada, sepatut nya di buat SOLAT yg CASH dahulu, then baru ler solat yg hendak di qadakan.
Spt kes Rasulullah saw td, sepatut nya baginda buat solat maghrib dahulu.
Then baru ler 'qada' solat asar yg telah luput waktu nya. :hmm:
ataupun
Baginda n Saidina Umar r.a. mengawal keadaan peperangan sehingga terlupa hendak solat asar. Dengan itu mereka terus solat asar dahulu, lepas tu baru lah mengerjakan solat maghrib.
Sekira nya itu yg mereka buat...........setahu teman. Ia BUKAN lah qada.
Seperti mana solat subuh..............mereka yg TIDAK TERJAGA pada waktu nya.
Setahu teman, solat itu telah di beri SEGALA JENIS KEMUDAHAN utk melaksanakan nya.
So, kalau kes spt di atas td............mereka 'TERLUPA' dan bukan nya tinggal dgn sengaja tanpa uzur syarie.
Teman berpegang kpd SYARAT ini:
1. Taubat nasuha ke atas meninggalkan solat yg terdahulu.
2. Berdoa lah selalu kpd Allah dgn harapan di ampuni perbuatan itu.
3. Jaga solat di masa hadapan.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 5-8-2005 09:16 AM:
Sekira nya itu yg mereka buat...........setahu teman. Ia BUKAN lah qada.
Seperti mana solat subuh..............mereka yg TIDAK TERJAGA pada waktu nya.
Setahu teman, solat itu telah di beri SEGALA JENIS KEMUDAHAN utk melaksanakan nya.
So, kalau kes spt di atas td............mereka 'TERLUPA' dan bukan nya tinggal dgn sengaja tanpa uzur syarie.
Teman berpegang kpd SYARAT ini:
1. Taubat nasuha ke atas meninggalkan solat yg terdahulu.
2. Berdoa lah selalu kpd Allah dgn harapan di ampuni perbuatan itu.
3. Jaga solat di masa hadapan.
Alhamdulillah dan terima kasih tuan,
Pandangan ini menambahkan lagi mutiara ilmu-ilmu yang saujana lautan luas. Ini menambahkan khazanah perbendaharaan ilmu yang cuba saya himpunkan walaupun sedikit cuma. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dapat rujukan dari forum lain,
http://www.e-ulama.org/Tanya/?mode=0&ID=426
katanya:
Qada' Solat Tarikh: 12/13/2001
Assalammualaikum,
Minta tolong jelaskan tentang solat qada' yang rata-ratanya dilakukan hari ini.
Iaitu pada waktu bilakah solat itu mesti dilakukan.
Adakah ianya mengikut waktu solat fardhu, maksudnya jika waktu subuh yang tertinggal, maka qada' solat subuh semalam dilakukan pada waktu subuh hari ini..?
Atau bagaimanakah sebenarnya.
Harap PUM dapat memberitahu saya bahan rujukan bagi menyelesaikan persoalan ini.
Terima kasih.
Wassalam.
Jawapan:
Qada' ertinya menunaikan atau membayar. Dari segi istilah ia bererti menunaikan ibadah yang ditinggal atau tertinggal samada masih di dalam waktu atau di luar waktu. Sesiapa yang meninggalkan sembahyang samada sengaja atau tidak sengaja wajib mengqada' semula sembahyang tersebut di luar waktunya.
Meninggalkan sembahyang tanpa uzur yang dibenarkan syara' adalah berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah terlupa dan tertidur.
Sembahyang qada'boleh dilakukan dalam waktu sembahyang fardhu dan juga sembahyang sunat. Ia mesti dilakukan sebaik-baiknya selepas sahaja seseorang itu teringat bahawa dia telah terlupa sembahyang pada suatu masa ketika dahulu atau sebelumnya.
Tidak semestinya qada' itu mesti dilakukan mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkannya. Sembahyang zohor misalnya boleh diqada' dalam waktu maghrib.
Seseorang yang tidak sembahyang selama satu tahun misalnya, kemudian ingin bertaubat. Perlulah mengqada' semua sembahyang yang ditinggalkan sekadar yang diingat dan termampu. Tidak wajib dibuat serentak semuanya dalam satu masa kerana ia memberatkan dan boleh menyebabkan seseorang itu jemu dan tidak lagi mengqada'kan sembahyangnya itu.
Sekian, wassalam.
Oleh: al-Faqir
Tarikh Dijawab: 3/7/2002 6:00:10 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EddyAdy at 10-8-2005 16:24:
Saya dapat rujukan dari forum lain,
http://www.e-ulama.org/Tanya/?mode=0&ID=426
katanya:
Qada' Solat Tarikh: 12/13/2001
Assalammualaikum,
Minta tolong jelaskan ten ...
Terang dan jelas :lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Qadha Solat (merged: spana)
Assalamulaikum...
aku just nak tanya laa pendapat muslimin dan muslimat kat sini... ada satu hari tu aku berbual ngan satu member sporean... member aku ni kira alim gaks laa orang nyer... selalu gaks nak berdakwah kat aku... kasi ceramah macam2... suroh jgn tinggal solat... ada la sekali tu dok citer pasal solat ni... sekali dia bukak satu statement....tp yang membingungkan aku... member aku ni kata 'tak der qadaq dalam Islam'.... kalu tertinggal solat... kene jamak...
cth camnie... cth laaa time zohor terlalu bZ keje.. ada meeting sana meeting sini... sampai tak sempat nak solat... terlalu bZ... ikot lak boss merata2... then dalam ati kene niat jamak... 'aku niat jamak Zohor ari ni...' then nanti time Asar kene jamak lerr Zohor tu....
seperti apa yang aku belajar kat skolah agama dulu... kalu tertinggal solat... kene qadaq... jamak tu kalu pegi travelling jer.... tu pun bergantung pada berapa marhalah laa kan??? kalu still ada time nak solat tak leh jamak... tp ni dalam spore... bukan travel maner2... tp kene jamak... pastu kuar statement cakap takder qadaq dalam Islam... menurut member aku ni qadaq tu dibolehkan kalu tertido sajer...
aku konfius laa... maner yang betul ni?? Spore ngan Msia bukan ada beza mazhab pun?? ke member aku tu yang dah terpesong?? or ajaran yang dia terima tu yang salah?? mintak pendapat sket... terima kasih....
[ Last edited by fleurzsa at 21-1-2006 04:50 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Salam,
aku just nak tanya laa pendapat muslimin dan muslimat kat sini... ada satu hari tu aku berbual ngan satu member sporean... member aku ni kira alim gaks laa orang nyer... selalu gaks nak berdakwah kat aku... kasi ceramah macam2... suroh jgn tinggal solat... ada la sekali tu dok citer pasal solat ni... sekali dia bukak satu statement....tp yang membingungkan aku... member aku ni kata 'tak der qadaq dalam Islam'.... kalu tertinggal solat... kene jamak...
Firman Allah swt Surah 58:20
20. Sesungguhnya orang-orang yang menetang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina.
Aneh! Bagaimana tertinggal yang dulu punya solat? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
cth camnie... cth laaa time zohor terlalu bZ keje.. ada meeting sana meeting sini... sampai tak sempat nak solat... terlalu bZ... ikot lak boss merata2... then dalam ati kene niat jamak... 'aku niat jamak Zohor ari ni...' then nanti time Asar kene jamak lerr Zohor tu....
seperti apa yang aku belajar kat skolah agama dulu... kalu tertinggal solat... kene qadaq... jamak tu kalu pegi travelling jer.... tu pun bergantung pada berapa marhalah laa kan??? kalu still ada time nak solat tak leh jamak... tp ni dalam spore... bukan travel maner2... tp kene jamak... pastu kuar statement cakap takder qadaq dalam Islam... menurut member aku ni qadaq tu dibolehkan kalu tertido sajer...
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata: 揜asulullah SAWAW menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Bismillahirahmanirahim
Firman Allah (Al Maidah 05:44-45)
[44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
[45] Dan kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada kisasnya. Barang siapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Firman Allah (Al Maidah 05:47-48)
[47] Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.
[48] Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
soalan tentang sembahyang
kawan kawan, saya ada satu soalan yang hendak ditanya kepada forumers sekalian. soalannya begini :-
contoh saya ambil pada sembahyang asar.
Senario:
Saya baru sahaja lepas sembahyang Asar berjamaah, dah setelah selesai berwirid dan berdoa, saya terus bersembahyang Qada Zuhur (contoh), pada pertengahan sembahyang, contohnya rakaat ketiga, ada makmum yang datang berimamkan saya untuk sembahyang Asar (kerana beliau ingatkan saya sedang bersembahyang Asar).
Soalan:
1. Adakah sembahyang makmum itu sah ?
2. Adakah sembahyang qada zuhur saya itu sah ?
3. Apa yang patut saya buat dalam situasi begini ?
Saya minta forumers sekalian menjawab soalan saya ini dengan memberi rujukan hadis atau kitab kitab yang sahih... terimakasih
[ Last edited by spana at 24-12-2005 09:17 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctredzuan at 25-12-2005 04:06
selepas solat asar dah tak boleh solat apa2, sunat ke .. wajib ke.. tidak sah apa2 solat selepas sola ...
alamak...yang ini aku tak tahu pun... lepas solat subuh tu aku paham, tapi betul ke selepas solat asar tak leh buat langsung solat solat yang lain ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|