CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26608|Reply: 50

KERAMAT Pulau Besar

[Copy link]
Post time 10-10-2006 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Pulau besar dikatakan pulau keramat... dulu kemarau di Melaka pun dikaitkan dgn Pulau Besar...

Dikatakan banyak makam2 keramat di P.Besar... Antaranya makam 7 beradik, perigi nenek (sorry nama aku lupa), makam nenek, kesan tapak kaki & banyak lagi lah...

Terdapat jugak satu perigi yg betul2 di tepi pantai, tapi air nya tetap tawar mcm biasa (kononnya keramat jugak)

Pernah dulu sekali aku & kawan pergi ke Pulau Besar nie...
Ada cerita konon kalau kita masuk kedalam perigi tu kalau bernasib baik, kita mungkin "diberi" hadiah, seperti ibu duit, keris, dan mcm2 lagi kot.. dan kawan aku mengesahkan  yg dia mmg pernah dpt "sesuatu" dari perigi tersebut..

Terdapat jugak satu makam besar yg menjadi tumpuan org ramai khasnya india muslim...

Pernah aku tanya pada sorang india muslim nie... kenape dia dtg ke Pulau Besar.... jawabannya kalau buat niat di Pulau Besar selalunye berjaya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2006 11:11 AM | Show all posts
Mitos dan legenda

Pulau Besar penuh keramat dan mitos yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negera khususnya dari keturunan India Muslim di Malaysia , Singapura , Johor , Pulau Pinang dan lain-lain negeri . Kaum India Muslim mempercayai kealiman dan kehebatan Sultan Zainal Ariffeen . Mereka akan bernazar pada waktu malam. Antara nazar yang mustajab ialah mendoakan dapat anak, maju dalam perniagaan . Ayat azimat menyerupai tulisan Arab akan digantung di pintu kedai mamak ini.

Jika anda hendak bernazar menyembelih seekor kambing , anda bolehlah berjumpa dengan pengurus surau yang terletak di tepi makam Sultan Ariffeen ini dengan menyerahkan sejumlah wang tertentu.

Untuk bernazar, anda perlu berzikir atau membaca surah Yassin di tepi makam. Kononnya doa akan dimakbulkan oleh Allah berkat kekeramatan Sultan Zainal Ariffeen ini.

Selain keramat Sultan Zainal Ariffin , ada lagi :

Perigi di Kaki Pulau
Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
Batu Tengkorak
Pokok Disula
Tasik Biawak
Batu Belah
Keramat Masin Tawar
Istana Bunian
Perkampungan Bunian
Tasik Bunian
Gua Yunus
Keramat Ular
Makam Nenek Kebayan
Perigi Tempayan Pecah
Makam Tok Janggut
Makam Tujuh Beradik
Makam Seribu
Makam Nisan Satu
Perigi Nenek Musallimah
Tapak Kaki Sultan Arifeen
Makam Sultan Ariffeen
Makam Syarifah Rodziah
Batu Lesung

Makam Sultanul Aarifeen
Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

BERSAMBUNG....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:12 AM | Show all posts
Tapak kaki Sultan Ariffeen
Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultan Ariffeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.

Perigi di Kaki pulau
Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Batu belayar
Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ianya terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di pulau ini.

Dipercayai batu ini juga digunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini.

Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di pulau ini. Ianya terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.

Batu Tengkorak
Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Keramat Masin Tawar
Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.

Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.

Istana Bunian
Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

Perkampungan bunian
Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

Pokok disula
Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.

Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.

Pokok biawak
Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.

Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.

Batu Belah
Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.

Gua Yunus
Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.

Keramat Ular
Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.

Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Makam Nisan Satu
Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ianya dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.

Perigi Nenek Musallimah
Dipercayai nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar ini. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga. Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Chalet 007.

Makam Syarifah Rodziah
Dipercayai Syarifah Rodziah juga adalah antara keturunan Sultan Arifeen. Beliau seorang wanita yang cantik. Beliau juga sangat taat kepada ajaran Islam sehingga di saat-saat akhir hidup beliau, beliau telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyendiri, berwirid dan berzikir.

Akhirnya apabila beliau meninggal dunia , beliau telah dikebumikan di bahagian hadapan makam Sultan Arifeen.

Batu Lesung
Batu Lesung atau Batu Putih ini merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai terpaksa melalui kawasan batu karang ketika air laut surut sepertimana yang terdapat di dalam gambar.

Manakala ketika air laut pasang, orang ramai terpaksa meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ianya terletak di tengah-tengah laut. Dikatakan bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah batu lesung tetap sama saiznya walau pun telah bertahun-tahun lamanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:19 AM | Show all posts
Aku tak mau komen banyak pasal Pulau Besar ni sbb setiap org ada kepercayaan masing2. Cuma masalahnya kat sini adalah banyak tempat2 / kubur2 kat situ dijadikan tempat pemujaan dan sbg org Islam aku rasa satu dosa utk buat pemujaan. Kita minta terus pada yang "Satu".

Btw aku tak nafikan mmg kawasan pulau Besar yang menghadap ke laut lepas sbg satu tpt yang sangat cantik, menarik dan mmg da bomb. Tak sangka kat negeri Melaka ada pemandangan yang sangat indah kat situ. Pemandangan menghadap ke tanah besar pun cantik.

Sayang masa aku pegi dulu, aku tak bawak kamera sbb time tu takde kamera pun hahah!

Berdasarkan percakapan org2 kat situ, ada perkampungan bunian kat tengah2 Pulau Besar berdekatan Marina Bay ( separuh pembinaan saja yang sempurna. Sbb apa tak dpt develop tpt ni tak tau pulak aku).

Banyak projekl terbengkalai kat pulau ni. Aku harap kerajaan Melaka akan buat sesuatu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:32 AM | Show all posts

Reply #4 cap_ayam's post

aku setuju dgn kau... kebykan org pi ke P.Besar dgn tujuan bayar niat @ meminta sesuatu...

aku jugak dpt tau itulah antara sebabnya kerajaan negeri melaka.... meruntuhkan binaan makam 7 beradik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2006 11:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 11:47 AM | Show all posts
Aiiikkkkk...kat Melaka ader..sini pun ade...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2006 11:48 AM | Show all posts

Reply #8 razifah's post

kat melaka org melaka, kat sini kategori myth... :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 06:34 PM | Show all posts
Omar Din dapat ilmu dia kat Pulau Besar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 07:06 PM | Show all posts

Reply #10 earthfault's post

sapa omar din nie nie???
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:15 AM | Show all posts
hmmm benda2 cam nie x kira syirik ke?
yer la gi kat suatu tmpt pastu minta suatu
bukan ke nak minta / doa etc etc terus pd allah ......??
bukan kat tmpt keramat nie .......
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 10:43 AM | Show all posts
ada sesuatu yg menarik disini yg berkaitan dengan 'law of attraction'. Apabila sesorang pergi sesuatu tempat yg asing untuk meminta sesuatu, segala pemusatan harapannya mungkin menghampiri 100% tahap keberkesanan dan keyakinan kerana matlamatnya hanya satu. Begitu juga apabila seseorang bertapa atau bermeditasi ditempat-tempat yg jauh dari gangguan manusia. Mungkin pada sangkaan mereka kekeramatan sesuatu tempat yg menjadi punca keberhasilan permintaannya namun secara realitinya ialah dengan izin Allah berdasarkan hukum 'law of attraction'.
  Pulau Besar melaka mungkin satu lokasi 'law of attraction' yg punya kelas tersendiri kerana keunikannya dari segi sejarah berserta mitos cerita dan binaan yg menjadi bukti cerita mitos itu sendiri.
Bayangkan anda berada 500 tahun yg lampau sewaktu Melaka menjadi pelabuhan utama dunia, Pulau Besar menjadi satu pulau persinggahan pelbagai bangsa sedunia. Tentulah banyak bekas-bekas 'mereka' disana yang mungkin masih terpelihara kerana pulau itu belum dibangunkan sepenuhnya berbanding dengan tanah besar melaka. Ia sepatutnya menjadi tarikan peminat forum HML ini untuk ke sana. Silalah ke Melaka....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:24 AM | Show all posts
Al-Kisah semasa berumur 91 tahun Sultanul Aulia pd ketika itu Syeikh Abd.Qodir Jailani yg amat tinggi darjat kesufian dan makrifatnya telah sampai ke saat2 akhir  hidupnya..Anak dan anak murid kanan beliau mengajar beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah yg mungkin boleh membantu saat akhir tsbt..
Tetapi beliau terdiam dan seolah2 merenung dgn gelisah...anak2 murid beliau amat gelisah melihat keadaan sedemikian..

Maka ditanya oleh salah seorang anak murid: Wahai guruku..engkau insan yg paling dikasihi dan paling hampir dgn Allah SWT mengapakah begitu keadaan tuan? Berilah kami penjelasan..

Pada ketika ini Allah telah menunjukkan kpd daku satu ilmu yg baru yg tak pernah daku ketahui..seandainya daku diberi peluang untuk satu kehidupan lg belum tentu daku dpt menguasainya..

Bila tiba saatnya SAQJ kembali ke Rahmatullah..

Dgn IzinNya..saat dikebumi jasadnya maka 'muncul' semula di di Makam Pathiimah yg dinamakan Pulau Besar di Melaka (kurun ke 11-sblm Kerajaan Melayu Melaka)..Di sana beliau menubuhkan satu 'institusi alam kesufian'..

Di situ gelaran bg beliau adalah Sultan Zainal Abidin atau Sultan Zainal Ariffin atau Sheikh Ismail..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:35 AM | Show all posts
Di Pulau Besar ada satu lagi 'Institusi kesufian' yg berkembar dengannya Kota Gelanggi dan Bukit Panau, Kelantan..
Maka SAQJ menjaga ketiga2 institusi ini (Pulau,Kota,Gunung) dan jadilah beliau Raja Alam Ghaib..

Nama beliau di Bukit Panau adalah Syeikh Muhammad Samman (pengasas thoriqah Sammaniyah)..

Pada zaman pemerintahan empayar Melaka ada seorang pemuda yg berbakat besar telah berguru dgn Syeikh Muhammad Samman di Bukit Panau/Gunung Mahameru..

Pemuda tsbt menjadi insan Melayu yg paling agung dlm nusantara iaitu Hang Tuah..

Tentang Pulau Besar jika ditanya pengamal2 kesufian siapa sebenar Sultan Zainal Ariffin maka tentu di jawab Syeikh Abd Qodir Jailani..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:42 AM | Show all posts
Jadi sejak itu pusat pemerintahan alam ghaib berpindah  berpindah ke Alam Melayu dan Makkah dan Madinah kekal sbgi pusat konvensyen para waliyullah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 11:48 AM | Show all posts
pemuda yg dikatakan berbakat itu btelah berguru dgn Adi Putra..setelah tamat perguruan beliau dinasihatkan jika berpeluang bergurulah dengan guru beliau di Kota gelanggi..
dipendekkan cerita pemuda tsbt pergi ke sana dan mohon berguru dgn guru tsbt..

Guru tsbt berada di atas batu besar dlm gua Kota Gelanggi..pemuda tsbt diminta beramal selama 7 tahun di kaki batu tersebut..Setiap kali pemuda tsbt teringin melihat wajah gurunya maka akan ditegur oleh beliau..

setelah bersusah payah mengamal (ayat 6) selama 7 tahun maka terbukalah alam makrifat dan beliau diizinkan oleh sang guru melihat wajahnya..
Alangkah terkejut..

Kenapa?..kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:52 AM | Show all posts

Reply #15 highlander07's post

SAQJ nih org melayu ke? Selalu dgr kisah kehidupan SAQJ semasa kecil bagaimana beliau ditarbiah oleh ibu beliau dgn keimanan yg amat tinggi. Antaranya:
Semasa bayi, setiap titsan susu yg disedut oleh beliau, diiringi dgn bacaan zikir oleh ibunya.
Setiap hari bila pulang dr belajar, SAQJ akan membuka tudung saji dan menikmati hidangan yg tersedia. Ibunya sentiasa mengingatkan dan menanamkan keyakinan bhw makanan itu diberi oleh Allah swt. Pd suatu hari, ibunya tlh berpergian dan terlewat pulang. Lalu beliau bergegas pulang utk menyediakan makanan. Manakala SAQJ tlh pun kembali dr belajar. Spt biasa beliau membuka tudung saji dan dgn tanpa ragu menikmati hidangan yg tersedia. Malahan hidangan kali ini lebih hebat dan enak dr sebelumnya. Apabila ibunya sampai ke rumah, maka SAQJ menceritakan betapa enaknya makanan yg Allah beri pd hari itu.  Ibunya kehairanan tp di dlm hati menyatakan bhw iman anaknya lbh hebat dr imannya sendiri.
Allahualam.

Teringin sekali nak tahu mcm mana cerita/sejarahnya yg menjadikan SAQJ seorg wali agung dan ghaib? Tuan HO7 boleh ulaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 2-2-2008 11:48 AM
pemuda yg dikatakan berbakat itu btelah berguru dgn Adi Putra..s
Guru tsbt berada di atas batu besar dlm gua Kota Gelanggi.


adiputra mmg bertapa di atas batu besar.. mmg x dinafikan. Jika mengunjungi adi putra.. tmptnya x lain xbukan ,bertapa diatas batu..xberganjak....

  yang dinyatakan bertapa dia atas batu besar..... adi putra ataupun guru yg lain??
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by highlander07 at 2-2-2008 11:48 AM
pemuda yg dikatakan berbakat itu btelah berguru dgn Adi Putra..setelah tamat perguruan beliau dinasihatkan jika berpeluang bergurulah dengan guru beliau di Kota gelanggi..
dipendekkan cerita pem ...

Wajah dia sendiri ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.107872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list